Porsche 964 dari Everrati, model ikonik jadi EV dengan gaya Type 964 RSR!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Porsche 911 (964) Everrati (Type 964 RSR 3.8)
Porsche 911 (964) Everrati (Type 964 RSR 3.8)
Apa pendapat anda tentang Porsche klasik ini yang ditukar menjadi kenderaan elektrik (EV)? Rasa bercampur-campur?

Melalui beberapa artikel sebelum ini, Everrati sudah biasa mengerjakan kereta ikonik menjadi EV termasuk Mercedes-Benz SL W113 ‘Pagoda’ yang tinggi nilainya.

Porsche berwarna kuning ini adalah sebuah 911 (964) jenis badan langsing (narrow body) yang bukan sahaja ditukar kepada EV malah membawa gaya Type 964 RSR 3.8.

Porsche Type 964 RSR 3.8 dilancar pada 1993 dan satu daripada varian 964 yang 'rare' dengan jumlah pengeluaran sebanyak 51 buah sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Porsche 911 (964) Everrati (Type 964 RSR 3.8)

 

Model itu ringan, siap untuk berlumba dan berbadan lebar. Type 964 RSR 3.8 juga memakai logo permotoran Porsche yang sebelum itu diguna pada Carrera RSR 1973.

Menghayati semangat RSR, unit 964 ini hadir tanpa kerusi belakang dan bahagian belakang turut dipasang rangka keselamatan.

Kerusi depan jenis ringan dibalut kulit dari Bridge of Weir Leather. Pada bahagian luar, spoiler yang diilhamkan dari 964 RSR jelas menguasai kereta selain warna kuning yang terang.

Panel badan dibuat dari gentian karbon dan pakej aerodinamik turut merangkumi pemisah depan baharu. Rim ala Porsche dari HRE dengan saiz 18 inci.

 

Porsche 911 (964) Everrati (Type 964 RSR 3.8)

 

Pakej elektrik terdiri daripada pek bateri 68 kilowatt-jam (kWj) generasi kedua yang mempunyai sistem penyejukan baharu dan telah dipertingkatkan.

Pengawal pacuan dan perisian juga ditambah baik dan meningkatkan lagi prestasi dan kecekapan.

Motor elektrik memacu roda belakang dan turut dilengkapi pembeza gelincir terhad. Kuasa yang dihasilkan ialah 500 bhp.

Porsche kuning ini boleh dipandu sehingga 322 kilometer (km) dan pecutan dari 0 sehingga 97 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 3.7 saat.

Sebagai sebuah EV dan kereta berprestasi, sistem ampaian memainkan peranan penting.

 

Porsche 911 (964) Everrati (Type 964 RSR 3.8)

 

Perkakasan asal diganti dengan set adaptif TracTive yang boleh dikawal secara elektronik dan mempunyai tetapan berbeza mengikut pemanduan biasa atau di litar.

Direka dan dibangunkan di ibu pejabat Everrati di Oxfordshire, England, 964 yang dipengaruhi RSR ini adalah tambahan kepada Porsche lain seperti 964 Coupe, Targa dan Cabriolet.

Sama seperti 964 lain, model terbaru ini dikeluarkan oleh Aria Group di California untuk pasaran antarabangsa.

Untuk makluman, pengubahsuaian kepada EV oleh Everrati boleh ditukar semula kepada nadi asal bagi mengekalkan nilainya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Untuk sesetengah pasaran, Nissan menawarkan van panel komersial yang dipacu dengan motor elektrik…
Berita Global
Kesemua campervan tersebut mempunyai rekaan bumbung yang boleh dinaikkan (extendable roof) yang…
Berita Global
Trak pikap Mercedes-Benz, X-Class memang bakal dijadikan pelbagai varian dan Mercedes-Benz sendiri…