Untuk sesetengah pasaran, Nissan menawarkan van panel komersial yang dipacu dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan 107 hp dan pek bateri berkapasiti 40 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 301 km.
Tatkala kebanyakan masa ia lebih senang dipandang sebagai sebuah kenderaan komersial, Nissan telah mengubah imej asal e-NV200 Evalia ini menjadi sebuah van camper yang nampak agresif, dan mampu untuk bergerak ke mana sahaja sebagai satu langkah penjarakan sosial.
Digelar sebagai e-NV200 Winter Camp, Nissan telah menampilkan beberapa modifikasi seperti meninggikan jarak kelegaan tanah, pemasangan bar keluli di bahagian hadapan yang lengkap dengan lampu limpah berkembar, mudguard, tayar off-road serta bar sisi.
Sebagai sebuah van camper, terdapat kelengkapan bersesuaian dipasang seperti dapur yang berfungsi sepenuhnya dan lengkap dengan peti sejuk, serta katil yang boleh dilipat.
Terdapat juga pakej Nissan Camper Technology Luxury Kit yang menambah ciri pek kuasa 22V yang boleh dicas kembali menerusi panel suria yang dipasang pada bahagian bumbung.