Trak pikap Mercedes-Benz, X-Class memang bakal dijadikan pelbagai varian dan Mercedes-Benz sendiri menampilkan varian camper untuk pikap tersebut.
Dengan bantuan syarikat camper-van dari Jerman, Tischer, Mercedes-Benz menghasilkan sebuah kabin di atas X-Class tersebut.
Ia lengkap dengan sebuah dapur memasak tiga tungku, katil utama di atas bumbung, tempat duduk muat untuk tiga tetami yang boleh diubahj menjadi katil, bilik air dengan tandas dan pancur air dan sinki boleh lipat.