Porsche 911 Singer dalam kondisi yang cukup menyedihkan - siapa sanggup beli?

oleh Mohamad Hanif|
Singer Vehicle Design merupakan salah sebuah syarikat penala Porsche 911 yang terkemuka di dunia, dan terkenal dengan hasil ketelitian dan perincian kerja pertukangan dalam mengimaginasi semula kereta sports boxer itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apa yang lebih menarik, boleh dikatakan tiada satu Porsche 911 yang menerima sentuhan Singer memiliki spesifikasi yang serupa, disebabkan variasi opsyen yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

Oleh sebab itu, jika ada yang tidak menghargai usaha dan keringat yang telah dicurahkan oleh individu di Singer, pasti anda akan rasa sakit hati.

 


Tambah menyedihkan, apabila melihat gambar yang kami paparkan dalam artikel ini.

Menurut laporan daripada Road and Track, Porsche 911 yang ditala oleh Singer ini bernasib malang apabila terlibat dalam satu kejadian kebakaran di tempat kediaman, bersama-sama beberapa kenderaan yang lain.

Porsche 911 Singer ini muncul di dalam iklan di laman web Copart.com, satu platform dalam talian yang menjual kenderaan dalam kondisi yang cukup menyedihkan.

 


Road and Track cuba mendapatkan penjelasan daripada Singer dan wakil daripada syarikat penala tersebut mengesahkan bahawa ia sebenarnya merupakan salah sebuah daripada Porsche 911 talaan Singer.

Jika diperhatikan dengan teliti, boleh dikatakan panel badan hadapan jentera tersebut musnah sama sekali mendedahkan rangka badan, panel gentian karbon yang tergantung pada kabin, serta habuk daripada upholsteri yang terbakar habis.

Gugusan meter dan stereng juga didapati lesap daripada tempat asal.

Kesan kebakaran tersebut nampaknya tidak memberikan kesan yang ketara kepada sistem ekzos Porsche 911 Singer itu.

 

Porsche 911 oleh Singer (Mexico) - bukan model yang terbakar di atas


Berdasarkan data daripada Copart, nilai anggaran sebenar Porsche 911 Singer ini mampu mencecah $628,000 (RM2.6 juta) sekiranya ia tidak berada di dalam kondisi yang menyedihkan.

Sumber: Road and Track, Copart

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Classic Study ini bermula sebagai sebuah Porsche 911 (964) Targa tahun 1990, di mana ia…
Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, Porsche Motorsport North America sendiri dilaporkan akan…
Berita Global
Namun menerusi model ACS (All-Terrain Competition Study) ia merupakan satu contoh yang terbaik bagi…