Namun menerusi model ACS (All-Terrain Competition Study) ia merupakan satu contoh yang terbaik bagi anda yang berminat untuk mentransformasikan sebuah jentera klasik 911 yang mampu menawan laluan off-road.
ACS direka dengan kerjasama pakar rali 911 Richard Tuthill, dan ia terdiri daripada dua jentera yang berbeza, model putih digunakan untuk rali padang pasir berkelajuan tinggi dengan liveri 953 Rothmans dan 959 Safari dari tahun 1980-an, manakala jentera merah pula direka untuk perlumbaan tarmac.
ACS merupakan kereta perlumbaan pertama Singer dan dibangunkan berdasarkan model Porsche 911 generasi 964 pada tahun 1990 menampilkan enjin 3.6 liter flat-six turbo berkembar dengan sejukan udara yang mampu menjana 450 kuasa kuda.
Selain daripada enjin flat-six 450 hp itu tadi, ACS menampilkan tetapan sistem pacuan semua roda, transmisi sekuential lima kelajuan, tangki bahan api yang lebih besar, serta dua tayar simpanan saiz penuh.
Sistem suspensi pula adalah jenis long-travel dengan penggunaan dua unit penyerap hentak boleh laras lima cara untuk setiap sudut, sementara sistem brek pula menggunakan angkup empat omboh.