Porsche 911 kini terdapat dalam transmisi manual tujuh nisbah kelajuan!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang masih tidak mahu melupakan skil pemanduan transmisi manual, Porsche kini menawarkan penjualan model kereta sports 911 Carrera S dan Carrera 4S yang didatangkan dengan transmisi manual tujuh nisbah kelajuan di UK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada transmisi manual tujuh nisbah kelajuan, limited-slip differential mekanikal dan torque vectoring system, model asas ini juga turut didatangkan dengan pakej Sport Chrono yang merangkumi tetapan dinamik pemanduan, fungsi rev-match dan empat mod pemanduan yang boleh dipilih.

Model bertransmisi manual mampu memecut sepantas 4.2 saat dari 0-100 km/j, sedikit perlahan berbanding catatan 3.7 saat yang dilakukan oleh 911 dengan transmisi PDK.

 


Namun, dengan penggunaan transmisi baharu ini, Porsche berjaya mencapai pengurangan berat badan sebanyak 45 kilogram terhadap berat bersih 911.

Menariknya, penawaran terbaharu ini tidak didatangkan dengan kenaikan harga, di mana ia masih kekal dengan harga jualan bermula dari £94,350 (RM445,804) untuk Carrera S dan £99,925 (RM472,146) untuk Carrera 4S.

Porsche juga turut menambah senarai aksesori opsyen yang ditawarkan untuk Porsche 911 termasuklah sistem kawalan pelayaran adaptif InnoDrive dengan harga tambahan £1,818 (RM8,590).

 


Sistem pemanduan InnoDrive pertama kali diperkenalkan pada model Panamera dan Cayenne, dengan ciri yang mampu memberikan ramalan pemanduan sehingga satu batu jauhnya bergantung kepada keadaan trafik semasa dan data yang diperoleh daripada sistem navigasi.

Selain daripada itu, Porsche juga turut memperkenalkan ciri Smartlift - keupayaan untuk meninggikan bahagian hadapan 40 mm terutama ketika melalui jalan berbonggol tanpa merosakkan komponen splitter hadapan.

Antara opsyen lain termasuklah kaca kalis bunyi yang serba ringan, ciri pencahayaan ambien tujuh warna, kemasan warna Python Green dan pakej kulit unik "930" untuk panel tengah tempat duduk serta panel pintu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model itu ringan, siap untuk berlumba dan berbadan lebar. Type 964 RSR 3.8 juga memakai logo…
Berita Global
  Apa yang menarik tentang Theon Design ialah mereka mengekalkan identiti yang membentuk Porsche…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…