Porsche 911 Gunther Werks versi RHD buat kemunculan di Goodwood

oleh Mohamad Hanif|
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Gunther Werks lebih dikenali sebagai pakar modifikasi Porsche yang berasal dari California, dan kebanyakan kereta projek mereka merupakan kereta pemanduan sebelah kiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Firma penala itu kini sedia untuk membuat kemunculan di luar Amerika Syarikat, dan mereka telah mengumumkan projek pertama yang siap sepenuhnya untuk pasaran Eropah dan UK.
 

gunther


Buktinya, Porsche 911 (generasi 993) berwarna merah jambu itu membawakan konfigurasi pemanduan sebelah kanan seperti yang diperlihatkan pada acara Goodwood Festival of Speed, baru-baru ini.

Warna merah jambu itu merupakan hasil daripada layangan cat metalik mutiara halus tiga peringkat dengan jalur gentian karbon terdedah pada hud hadapan.
 

Gunther


Terdapat beberapa komponen lain yang dikemaskan dengan kemasan gentian karbon terdedah termasuklah bahagian atas spoiler belakang, ambang pintu, serta komponen aero pada bampar depan.

Tema yang sama juga boleh didapati pada ruang kabin, seperti contoh tempat duduk bucket karbon dengan kulit Alcantara dan jahitan warna merah jambu, diikuti roda stereng dengan balutan kulit serupa.
 

Gunther werks

Susun atur kluster instrumen masih lagi mengekalkan rekaan lima bulatan, empat dengan warna dial hitam dan satu di tengah berwarna putih.

Gunther Werks tidak mendedahkan informasi berhubung naik taraf yang diberikan pada trenkuasa 911 993 ini.
 

Gunther


Berdasarkan projek Gunther yang terdahulu, mereka menggunakan enjin flat-six 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana kuasa sehingga 700 hp dan daya kilas 759 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Harus dimaklumkan, ini merupakan binaan sekali (one-off) yang dihasilkan oleh Gunther Werks untuk menandakan kemasukan mereka ke benua Eropah, jadi tiada sebarang harga rasmi didedahkan buat masa ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti GR Yaris standard, enjin tiga silinder 1.6 liter turbo jentera rali GR Yaris H2…
Berita Global
Lebih tepat lagi, AIM EV Sport 01 yang dihasilkan oleh Shiro Nakamura, bekas pereka Nissan GT-R…
Berita Global
Menurut CEO BMW M, Frank van Meel berkata, "tiada tempat yang lebih sesuai untuk menyambut ulang…