BMW M3 Touring buat kemunculan rasmi di Goodwood FOS 23 Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-50 BMW M, pengeluar tersebut bakal memperkenalkan secara rasmi model baharu BMW M3 Touring bertempat di Goodwood Festival of Speed pada 23 Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO BMW M, Frank van Meel berkata, "tiada tempat yang lebih sesuai untuk menyambut ulang tahun ke-50 BMW M, melainkan di Goodwood Festival of Speed yang dikelilingi oleh jentera ikonik yang menaikkan kedudukan kami di dalam sejarah permotoran.

Malah, BMW juga akan turut memperlihatkan kereta keselamatan (safety car) BMW M3 Touring untuk sukan MotoGP pada hari yang sama.

Selain daripada BMW M4 CSL yang baharu sahaja dilancarkan tempoh hari, diikuti model BMW iX1, BMW i7, BMW i4 dan BMW iX M60, BMW M akan membawakan barisan jentera bersejarah seperti jentera F1 Brabham BMW BT52 1983, BMW V12 LMR, BMW 635CSi, dan banyak lagi.

Lebih banyak butiran berkenaan BMW M3 Touring bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi tidak lama lagi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Firma penala itu kini sedia untuk membuat kemunculan di luar Amerika Syarikat, dan mereka telah…
Berita Global
Tidak seperti GR Yaris standard, enjin tiga silinder 1.6 liter turbo jentera rali GR Yaris H2…
Berita Global
Lebih tepat lagi, AIM EV Sport 01 yang dihasilkan oleh Shiro Nakamura, bekas pereka Nissan GT-R…