Porsche 911 GT3 RS padamkan rekod 911 GT3 terdahulu di Nurburgring, 6 minit 49.328 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Litar Nurburgring kini menjadi lokasi ujian wajib bagi para pengeluar untuk membuktikan kemampuan jentera masing-masing.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Terbaharu, Porsche berjaya memecahkan rekod yang dicatatkan oleh model 911 GT3 terdahulu, dengan catatan masa 6:49.328 atau kelebihan masa 10.6 saat dengan menggunakan Porsche 911 GT3 RS di Litar Nodschleife sepanjang 20.8 km itu.
 

Jorg Bergmeister


Porsche 911 GT3 RS baharu itu dikendalikan oleh duta jenama Porsche,  Jörg Bergmeister yang turut sama terbabit dalam pembangunan siri mercu 911.

Menurut pengarah divisyen kereta GT Andreas Preuninger, "Porsche 911 GT3 RS berjaya menetapkan standard baharu di dalam aspek aerodinamik dan casis, tidak pernah sebuah jentera jalanan mempunyai ciri yang dipinjamkan daripada sukan permotoran sebanyak ini.
 

911 GT3 RS


"Dengan kondisi yang jauh dari ideal, tiupan angin yang kuat sepanjang jalan lurus Döttinger Höhe dan suhu aspal yang sejuk, namun Porsche 911 GT3 RS berjaya menunjukkan kecemerlangan mutlak di atas litar. Kami amat berpuas hati dengan catatan masa kali ini," jelasnya lagi.

Menurut pemandu Bergmeister, "kami kehilangan sedikit daya turun disebabkan angin yang agak kuat, namun saya masih lagi gembira dengan keputusan yang dicatatkan.

"Di dalam seksyen pantas, 911 GT3 RS berada di dalam liga yang tersendiri. Di sini, ia berada di satu tahap yang biasanya dicapai oleh jentera lumba kelas atasan. Dapat memandu dengan pantas di Nordschleife adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan dengan jentera ini.
 

911 GT3 RS


Jentera 911 GT3 RS itu dilengkapi dengan pakej Weissach yang merangkumi rim magnesium tempa yang jauh lebih ringan, serta opsyen tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R.

Porsche 911 GT3 RS dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 4.0 liter dengan kuasa 525 PS, sistem transmisi PDK tujuh nisbah kelajuan, pecutan 0-100 km/j sepantas 3.2 saat.

Selain daripada penggunaan bahan ringan CFRP, ia juga turut menampilkan sistem aerodinamik yang mampu menjana 860 kg daya turun, serta sistem pengurangan seretan (DRS) yang kali pertama dimuatkan pada sebuah Porsche.

Baca: Porsche 911 GT3 RS 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Permata untuk Porsche ialah 911 GT3 RS yang membawa elemen litar lumba ke jalan raya. Apa yang…
Berita Global
Bermula 21 hingga 26 Februari ini, penumpang bertuah boleh menikmati perkhidmatan pemindahan…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…