Porsche 718 Cayman GT4 RS catat rekod Nurburgring 23.6 saat lebih pantas berbanding model GT4

oleh Mohamad Hanif|
Porsche bakal melancarkan sebuah lagi varian 718 Cayman yang lebih pantas, dan ia sudah pun dibuktikan menerusi ujian yang dijalankan di Litar Neraka Hijau baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam ujian penilaian terakhir yang dibuat, model pertama 718 Cayman yang memakai lencana RS itu menunjukkan keupayaan yang dinamik dalam menawan laluan gabungan litar dan jalan berbukit yang mencabar itu.

Di tangan pemandu dan duta jenama Jörg Bergmeister, Porsche 718 Cayman GT4 RS telah berjaya mengelilingi litar Nordschleife sepanjang 20.832 km dalam masa 7:09.300 minit.
 

718


Sementara litar yang lebih pendek (20.6 km), 718 Cayman GT4 RS mencatatkan masa pusingan 7:04.511 minit, atau 23.6 saat lebih pantas jika dibandingkan dengan model 718 Cayman GT4.

Dalam kedua-dua ujian tersebut, kereta sports GT4 RS itu dilengkapi dengan tempat duduk perlumbaan, sementara tayar pula menggunakan Michelin Pilot Sport Cup 2 R yang bakal ditawarkan sebagai opsyen kepada pembeli.

Menurut pengarah barisan model GT, Andreas Preuninger menjelaskan, "ketika pembangunan, kami memberikan 718 Cayman GT4 RS karakteristik sebuah model RS yang sebenar - binaan yang ringan, lebih daya turun, lebih kuasa dan lebih tahap responsif dan maklum balas kepada pemandu.

"Catatan masa pusingan yang hebat ini membuktikan keberkesanan penambahbaikan yang telah dibuat terhadap dinamik pemanduan jentera ini.
 

718


Menurut  Jörg Bergmeister, "Porsche 718 Cayman GT4 merupakan sebuah mesin pemanduan tanpa kompromi, ia lincah seperti sebuah go-kart, namun masih lagi stabil dan seimbang di dalam litar.

Antara perubahan yang boleh diperhatikan menerusi gambar yang dibekalkan termasuklah penambahan splitter yang lebih menyerlah, hud berliang, liang kemasukan udara tambahan menggantikan tingkap suku, diffuser baharu, serta sayap belakang yang besar.

Sama seperti model GT4, 718 Cayman GT4 RS masih lagi mengekalkan enjin boxer 4.0 liter NA, namun dengan lonjakan kuasa berbanding angka standard 414 hp, dipadankan dengan kotak gear PDK yang memacu roda belakang.

Porsche 718 Cayman GT4 RS bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan November ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Buktinya, sebuah 718 Cayman GT4 RS yang dipasangkan dengan Manthey Kit telah berjaya merekodkan…
Pelancaran
Ia dipadankan dengan nadi flat-six 4.0 liter aspirasi natural dengan hamburan kuasa setinggi 496 hp…
Berita Global
Menggunakan asas daripada model 718 Cayman GT4 RS yang baharu sahaja dilancarkan, Porsche…