Porsche 718 Cayman GT4 RS dengan Manthey Kit catat masa 7:03.121 di Litar Nurburgring

oleh Mohamad Hanif|
Porsche kini menawarkan pakej naik taraf Manthey Kit utuk para pemilik 718 Cayman GT4 RS yang mahu menajamkan lagi bakat pemanduan kereta mereka di dalam litar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buktinya, sebuah 718 Cayman GT4 RS yang dipasangkan dengan Manthey Kit telah berjaya merekodkan catatan masa 7:03.121 minit di Litar Nurburgring Nordschleife atau 6.179 saat lebih pantas berbanding 718 Cayman GT4 RS standard kilang.
 

718


Menurut Porsche, kit ini memfokuskan kepada komponen aerodinamik dan casis, seperti contoh kehadiran kepak dan tirai udara baharu pada bahagian hadapan, serta perlindungan bawah badan gentian karbon.

Komponen sayap belakang pula kini 87 mm lebih lebar, selain menampilkan bilah serba baharu dan plet hujung yang lebih besar, serta boleh dilaras sebanyak empat tahap yang berbeza.
 

718


Pada kelajuan 200 km/j, jumlah daya mendap didapati meningkat daripada 89 kg kepada 169 kg apabila sayap belakang ditetapkan pada mod Performance.

Bukan itu sahaja, roda belakang turut dipasangkan dengan cakera aero yang diperbuat daripada CFRP bagi mengurangkan kesan gelora pada bahagian belakang, diikuti dengan pelindung enjin belakang dengan sulaman gentian karbon.
 

718


Porsche turut memberikan penambahbaikan pada aspek casis, di mana topang spring boleh laras serba baharu kini mempunyai empat posisi yang berbeza, sementara kadar spring hadapan telah dinaikkan sebanyak 20 peratus.

Pembeli juga boleh memasangkan sistem angkat gandar hadapan pada jentera mereka, serta mendapatkan pelapik brek khas untuk prestasi yang meluas untuk semua jenis keadaan di dalam litar.

Kesemua pakej yang disebutkan di atas boleh dipasang secara terus pada jentera tanpa memberikan kesan kepada jaminan pengilang asal.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia dipadankan dengan nadi flat-six 4.0 liter aspirasi natural dengan hamburan kuasa setinggi 496 hp…
Berita Global
Menggunakan asas daripada model 718 Cayman GT4 RS yang baharu sahaja dilancarkan, Porsche…
Berita Domestik
Seperti yang diperlihatkan menerusi ujian di Litar Nurburgring, 718 Cayman GT4 RS merupakan model…