Polis tembak mati 2 lelaki di R&R Tanjung Malim

oleh Firdaus Razani|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di KM396.5 Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak pada malam Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota petugas di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menerima maklumat pertama kejadian tersebut pada jam 11.32 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bertindak mengekori sebuah kereta jenis Proton Waja kelabu kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

Kata beliau, suspek yang menyedari diekori telah bertindak melarikan diri dengan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

"Pasukan polis telah mengejar suspek sehingga masuk ke hentian sebelah Tanjung Malim arah utara (KM396.5) dan berjaya menghentikan kenderaan suspek.

"Bagaimanapun suspek telah memulakan tindakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

"Pihak polis telah membalas tembakan sehingga memastikan keadaan selamat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Hussein berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berada dalam kereta berlumuran darah dan telah meninggal dunia.

Jelas beliau, suspek merupakan dua lelaki tempatan yang mempunyai rekod lampau dan seorang daripadanya mempunyai 23 rekod jenayah serta enam dikehendaki pihak polis.

Tambahnya, identiti seorang lagi suspek masih dalam proses mengenal pasti.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Hulu Selangor di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan," ujarnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AstroAWANI (@501awani)

 

SUMBER : Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan…
Berita Domestik
"Kekuatan penugasan pada operasi kali ini membabitkan lebih 200 pegawai dan anggota dari jabatan…
Berita Domestik
Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40…