Polis - Pemandu warga asing guna lorong kecemasan punca gaduh guna tongkat di lebuh raya

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing yang dipercayai terbabit insiden pergaduhan menggunakan tongkat kayu di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Pagoh, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata suspek yang memandu Mitsubishi Lancer dikehendaki bagi membantu siasatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, siasatan mendapati insiden jam 1.58 petang berpunca tindakan suspek menggunakan lorong kecemasan ketika lebuh raya terbabit mengalami kesesakan.

"Sebelum kejadian, lelaki tempatan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum ternampak Mitsubishi Lancer dipandu warga asing menggunakan laluan kecemasan.

"Lelaki tempatan itu menghalang kenderaannya, menyebabkan suspek tidak berpuas hati. Ini mengakibatkan berlaku pertengkaran mulut dan suspek turut mengetuk cermin kenderaan lelaki itu sebelum beredar," katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan juga Seksyen 53 (1) Kaedah Lalulintas Jalan Raya 1959, selain boleh dihukum mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Terdahulu, satu laporan berhubung insiden pergaduhan itu dibuat di Balai Polis Pagoh, petang ini.

Ia susulan video tular memaparkan pergaduhan membabitkan pengguna jalan raya termasuk ada yang dilihat menggunakan tongkat kayu.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Malah, ada juga warga tempatan yang turut terlibat dalam aktiviti kereta sapu ini. Pemeriksaan…
Berita Domestik
Hanif Yusabra berkata, semakan turut mendapati lori sampah dipandu seorang lelaki warga Indonesia…
Berita Domestik
  "Kita (JPJ) mendapati perkara ini semakin berleluasa dan berkemungkinan ia akan tidak terkawal…