JPJ bongkar aktiviti warga asing buat ‘e-hailing’ tawar tambang harga RM5

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur membongkar aktiviti pemandu warga asing yang menawarkan khidmat pengangkutan seakan ‘e-hailing’ secara tidak sah di sekitar ibu negara.

Operasi bermula kira-kira jam 8 pagi itu mendapati pemandu warga asing terbabit mengenakan caj serendah RM5 bagi perjalanan sejauh lima kilometer pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, ada juga warga tempatan yang turut terlibat dalam aktiviti kereta sapu ini.

Pemeriksaan anggota operasi JPJ Kuala Lumpur menerusi Operasi Pengarah (Kenderaan Perkhidmatan Awam) mendapati rata-rata pemandu tidak mempunyai lesen memandu selain menggunakan kereta persendirian yang disewa daripada orang lain untuk mencari wang sampingan.

Seorang pemandu warga asing berusia lingkungan 20-an ketika ditahan memberikan alasan bahawa penumpang yang dibawa merupakan rakan sekelasnya dan hanya membantu menghantarnya ke destinasi.

“Saya cuma bawa kawan, tak buat hantar dan ambil orang dengan bayaran,” katanya.

Selain itu, seorang wanita tempatan berusia 25 tahun yang juga penumpang kereta sapu tersebut memaklumkan dia mendapatkan khidmat kereta sapu itu dari kumpulan Telegram meskipun sedar terdedah dengan bahaya.

"Saya kalau nak pergi makan atau jalan-jalan di luar memang guna perkhidmatan ni, harga lagi murah dan tidak perlu tunggu lama untuk sampai ke destinasi.

“Ini memang salah, tapi perkhidmatannya lagi murah RM3 hingga RM5," katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, operasi yang diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Kuala Lumpur, Raja Nursyuhaidah Raja Azmi itu dijalankan di empat lokasi sekitar Taman Melati, Wangsa Walk Mall, Setapak Central Mall dan KL East Mall.

"Sebanyak 112 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya lesen memandu (22 kes), salah guna lesen kenderaan motor (LKM) (64 kes) dan cermin gelap (21 kes) selain sitaan 23 kereta.

"JPJ telah menahan 23 pemandu warga asing terdiri daripada 10 warga tempatan, Afghanistan (1), Somalia (1), Indonesia (4), Mesir (1), Bangladesh (5) dan Yemen (1)," katanya pada Rabu.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…