JPJ sita lori sampah; pemandu warga asing tiada lesen!

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah syarikat pembersihan berani mengambil risiko apabila menggajikan warga asing tanpa lesen memandu (CDL) dan lesen vokasional (GDL) sebagai pemandu lori sampah dalam pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan Perindustrian Nilai, di Seremban pada pagi Jumaat.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, perkara itu mengundang padah apabila pihaknya bertindak menyita lori sampah itu selain pemiliknya dikenakan saman dalam pemeriksaan pada pukul 7 pagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Hanif Yusabra berkata, semakan turut mendapati lori sampah dipandu seorang lelaki warga Indonesia itu sudah tamat cukai jalan dan tiada perlindungan insurans.

“Penyitaan ini dibuat mengikut peruntukan Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana melakukan kesalahan tiada lesen memandu GDL, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans.

“Pemandu lori sampah warga Indonesia itu dan pemilik kenderaan telah dikenakan saman atas kesalahan berkenaan menurut Seksyen 26(1), 57, 23(1) dan 90(1) APJ 1987,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Jelas beliau, JPJ juga menyerahkan pemandu lori dan seorang kelindan yang gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk semakan dan tindakan lanjut menurut peruntukan di bawah akta agensi berkenaan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Georgia Department of Transportation, trak tersebut didapati membawa…
Berita Global
Republic Services merupakan syarikat kedua terbesar di Amerika Syarikat dalam menguruskan sisa…
Berita Global
  Kedua-dua motor elektrik itu cukup untuk menghasilkan 496 hp dan daya kilas yang menakjubkan - 5…