Polis Johor catat rampasan, sitaan berjumlah RM2,759,073

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook Polis Johor
Polis Johor berjaya mencatat nilai rampasan dan sitaan berjumlah RM2,759,073.78 hasil kejayaan Op Khas dan Terancang yang dijalankan di sekitar negeri mulai 28 Oktober sehingga 23 November lalu.


Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor itu secara keseluruhannya bertujuan menumpaskan kegiatan sindiket pengedaran dadah di Johor.

 

Operasi berkenaan melibatkan seramai 25 pegawai dan anggota turut membuat 17 serbuan di Johor Bahru, Iskandar Puteri, Seri Alam dan Kota Tinggi.

 

Polis turut menahan 22 individu melibatkan 20 warga tempatan (19 lelaki, seorang wanita), selain dua wanita warga asing berusia dalam lingkungan 19 hingga 39 tahun yang ditangkap dengan sejumlah rampasan dadah.

 

Menurut Kamarul, kesemua suspek berkenaan telah direman dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup pada Jumaat.

 

Op berkenaan turut merampas 7.02kg syabu, 5.80kg heroin, 489.30gm ketamine, 305.80gm serbuk ektasi, 114.13gm pil erimin (340 biji), 13.20gm pil ektasi (32 biji), 0.65gm ganja dan menghasilkan nilai rampasan berjumlah RM1,668,395.78.

 

Selain itu pihak JSJ Narkotik Johor juga telah menyita tujuh barang melibatkan wang tunai RM145,458, SGD4,684, USD30, lapan buah kereta pelbagai jenis, jam tangan Rolex (2), barangan kemas pelbagai jenis (14), telefon bimbit (23) dengan jumlah sitaan kira-kira RM1,090,678.

 

Bermula 1 Januari hingga 3 November 2022, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor telah berjaya menangkap seramai 12,397 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan dalam tempoh sama berjaya membuat rampasan dadah sebanyak 2.97 tan dengan nilai RM13.17 juta, turut disita adalah harta bernilai RM9.5 juta.

 

Modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan adalah dengan menjadikan rumah yang berada dalam kawasan berpagar (gated and guarded) sebagai tempat pembungkusan dan penyimpanan dadah sebelum ‘runner’ menggunakan motosikal akan mengedarkannya di sekitar kawasan Johor Bahru dan kesemua suspek dipercayai telah bergiat aktif sejak pertengahan tahun ini.

 

Sementara itu, Kamarul Zaman menyeru supaya orang ramai akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka.

 

“Orang ramai boleh menghubungi JSJN di talian 012-2087222 bagi menyalurkan maklumat-maklumat yang diperlukan,” katanya.

 

 

Facebook Polis Johor

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor berkata, bayaran itu dikutip hasil tawaran diskaun 50…
Berita Domestik
  Antara saman paling banyak adalah memandu laju melebihi had dan kesalahan tidak mematuhi lampu…
Berita Domestik
  Katanya, ia berikutan pemandu wanita berusia 28 tahun yang memandu sebuah pacuan empat roda 4x4…