Polis Johor - 109,758 saman tertunggak babitkan warga Singapura sejak 2014

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberi kenyataan hari ini (Jumaat) bahawa terdapat sebanyak 2.2 juta saman tertunggak bernilai sekurang-kurangnya RM300 juta direkodkan Polis Johor.


Saman tersebut membabitkan pelbagai kesalahan trafik termasuk yang dikeluarkan ke atas warga Singapura bagi tempoh sejak 2014.

 

Antara saman paling banyak adalah memandu laju melebihi had dan kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat.


Katanya lagi sehingga kini hanya 600,000 saman sahaja dijelaskan walaupun  mengikut statistik sejumlah 2.3 juta saman trafik telah dikeluarkan sejak 2014.


Daripada jumlah itu, sebanyak 109,758 saman tertunggak membabitkan warga Singapura.


Warga Singapura cuma menjelaskan sebanyak 23.5 peratus sahaja saman, manakala 76.4 peratus lagi belum dijelaskan katanya kepada pemberita di acara pelepasan (Flag Off) Konvoi Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brother Motor di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.


Polis Johor turut menawarkan pengurangan bayaran saman 50 peratus yang boleh dijelaskan di semua Balai Polis Trafik seluruh negeri bermula hari ini (Jumaat) sehingga Ahad ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.


Polis Johor turut menggesa pesalah trafik yang masih mempunyai saman tertunggak boleh mengambil peluang ini dan menjelaskan saman mereka.
 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ops Tali Pinggang Keledar yang dibuat di sekitar Seberang Jaya itu dijalankan oleh Unit…
Berita Global
  Insiden membabitkan basikal mengakibatkan banyak kemalangan jalan raya di Tokyo sejak beberapa…
Informasi
  Menurut Rashidi tawaran ini diberikan demi menghargai penduduk yang mungkin berdepan kekangan…