Polis Johor - 13 'pilot darat' positif dadah ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
Seramai 13 pemandu lori atau 'pilot darat' ditahan dalam Op Perdagangan dalam operasi yang dijalankan di seluruh negeri Johor, pada Khamis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi yang dijalankan bermula pada tengah malam sehingga jam 8 pagi itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Katanya, polis turut menahan dua pemandu lori yang merupakan orang dikehendaki mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kesemua suspek lelaki yang ditahan itu berumur 22 hingga 48 tahun. Suspek yang positif dadah ditahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Dalam operasi itu, sebanyak 210 saman trafik (Pol.257) dikeluarkan membabitkan pemeriksaan sebanyak 730 kenderaan perdagangan," ujarnya dalam kenyataan pada Khamis malam.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata operasi seumpama itu akan diteruskan bagi memastikan pemilik kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

"Operasi membabitkan kenderaan perdagangan ini akan dilaksanakan secara berterusan dengan konsep 'total enforcement' oleh JSPT bersama jabatan dan agensi penguatkuasa lain.
 

Op Perdagangan dilaksanakan di peringkat negeri bagi memastikan pemandu mematuhi undang-undang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor berkata, bayaran itu dikutip hasil tawaran diskaun 50…
Berita Domestik
  Operasi berkenaan melibatkan seramai 25 pegawai dan anggota turut membuat 17 serbuan di Johor…
Berita Domestik
  Antara saman paling banyak adalah memandu laju melebihi had dan kesalahan tidak mematuhi lampu…