Polis - Individu lawan arus sebabkan penunggang Ducati maut sedang dikesan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Seorang lelaki maut selepas tercampak daripada motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya sebelum jatuh dari jejambat (flyover) di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Ampang pada Rabu.


Penunggang motosikal jenis Ducati berkenaan dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus, sebelum mangsa terbabas dan terjatuh ke bawah jejambat tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Polis dalam satu kenyataan berkata mereka sedang mengesan penunggang motosikal yang dipercayai melarikan diri selepas menyebabkan kemalangan sehingga seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, di Ampang pada Rabu. 

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, penunggang motosikal Ducati Panigale iaitu lelaki warga emas berusia 60-an disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal ditunggang melawan arus di bahu jalan kanan.

"Mangsa yang sedang melalui jalan berselekoh kemudian cuba mengelak lalu melanggar penghadang sebelah kiri jalan.

"Kesan pelanggaran itu menyebabkan penunggang terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian kira-kira 30 meter manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan SMART Sungai Klang dan disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

"Penunggang terbabit didapati meninggalkan lokasi dan tindakan mengesannya sedang dijalankan.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang diteliti bersama pihak SUKE dan saksi bebas sedang dikesan bagi membantu siasatan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta saksi bebas supaya tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-13078348.

Rakaman CCTV berdurasi 12 saat memaparkan motosikal melawan arus tular di media sosial.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan lanjut mendapati…