CATL perkenal bateri LFP baharu, cas 10 minit boleh gerak 400 km!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat gergasi China CATL telah memperlihatkan bateri baharu lithium iron phosphate (LFP) yang dikatakan mampu menawarkan jarak gerak sehingga 400 km untuk pengecasan selama 10 minit.

Menurut laporan Nikkei Asia, bateri baharu LFP itu dijangka akan dimuatkan pada model-model kereta elektrik yang lebih mampu milik.

Ketua saintis CATL, Wu Kai dalam satu kenyataan menyebut, ia merupakan teknologi pengecasan pantas "untuk semua pihak".
 

CATL


Dengan ciri baharu seperti bahan elektrod yang telah diubahsuai serta campuran elektrolit, bateri baharu ShenXing itu dikatakan mampu mempercepatkan proses pengecasan di samping mengekalkan aspek keselamatan.

Malah, CATL turut menyebut bateri baharu itu tidak mempunyai masalah prestasi ketika musim sejuk.

Difahamkan, bateri CATL dijangka akan menembusi pasaran seawal tahun 2024.

Terdahulu, sebuah syarikat pemula Xpeng Motors turut memperlihatkan bateri baharu yang mampu menawarkan jarak gerak 300 km untuk tempoh pengecasan yang serupa.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama yang diumumkan sempena London Climate Action Week baru-baru ini bertujuan mewujudkan satu…
Berita Global
Menurut laporan South China Morning Post, pembuat EV dari kota Shanghai, Nio telah membina sebanyak…
Berita Global
Versi terbaru standard keselamatan bateri tersebut diumumkan pada 28 Mac 2025 dan membawa perubahan…