Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya.
Para pelanggan yang ingin menghantar kenderaan mereka ke Subaru Kuala Lumpur, Subaru Cheras dan Subaru Petaling Jaya perlu menghubungi pusat tersebut dan membuat tempahan slot sebelum hadir ke fasiliti, dan tidak menerima pelanggan yang datang tanpa membuat temujanji.
Sementara itu, Subaru Kota Kinabalu kekal ditutup sehingga 20 Oktober ini.
Untuk pelanggan yang telah membuat temujanji pandu uji atau sebarang temujanji penting, pegawai yang bertugas akan menghubungi mereka untuk penjadualan semula sesi pandu uji/temu janji atau mengatur alternatif seperti transaksi digital.
TC Subaru juga turut mengimplementasi langkah pencegahan seperti mewajibkan pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, perincian butiran peribadi untuk pengesananan kontak, proses sanitasi kenderaan, tempat kerja, serta mengehadkan jumlah pengunjung pada satu-satu masa selain mematuhi penjarakan sosial menerusi pelekat yang ditampal.