PIAM yakin perkhidmatan tunda di Pulau Pinang tidak terganggu

oleh HEZERI SAMSURI|
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sedang memantau tindakan ahli-ahli Penang Motor Vehicle Workshop Owners Association (PMVWOA) yang menghentikan perkhidmatan tunda untuk kes-kes kemalangan.

PMVWOA turut menutup kesemua bengkel-bengkel mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan PMVWOA yang hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Mandarin sahaja, tarikh mogok itu bermula hari ini sehingga 9 Disember 2019.

Menurut satu kenyataan lain yang Careta terima, PMVWOA membantah tindakan PIAM yang tidak membenarkan mereka menunda kenderaan-kenderaan kemalangan yang berusia lima tahun dan ke bawah.

Kenderaan di bawah lima tahun sebenarnya diminta untuk dihantar terus ke bengkel-bengkel 4S milik syarikat kenderaan itu sendiri dan nampaknya PMVWOA membangkang agenda ini.

Etiqa Takaful juga mengeluarkan kenyataan di mana ada beberapa panel bengkel mereka di Pulau Pinang tidak akan beroperasi bermula 2 Disember sehingga diberitahu kelak.

PIAM berkata semua ahli-ahlinya (syarikat insurans) sudah mempunyai pelan tindakan untuk mengatasi masalah tersebut dan meminimakan masalah yang akan dihadapi oleh pelanggan-pelanggan mereka.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi syarikat insurans masing-masing.

Untuk pembaca Careta, sekiranya anda terbabit di dalam kemalangan dan anda tidak tahu ke bengkel mana untuk dihantar, kami sarankan hantar ke pusat servis milik jenama kenderaan anda kerana kualiti kerja dan ketulenan alat ganti lebih terjamin. 

Memang mahal tetapi pihak insurans yang akan membayar.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kerugian akibat banjir, sila rujuk senarai semak untuk memastikan syarikat insurans anda boleh…
Berita Domestik
Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta…
Berita Domestik
Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi…