Pewangi tergantung punca ditahan polis

oleh HEZERI SAMSURI|
Pewangi kereta yang tergantung dikatakan menjadi punca pegawai polis menghentikan kenderaan yang dipandu oleh Daunte Wright, pemuda kulit hitam yang ditembak mati oleh polis minggu lalu.

Daunte dikatakan telah menelefon ibunya mengadu bahawa pihak polis menahan keretanya kerana pewangi yang tergantung pada cermin depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Brooklyn Tengah, Tim Gannon pula berkata Daunte mempunyai rekod kelakuan tidak baik dan itu menjadikan satu kerisauan untuk pihak polis.

Undang-undang di California, Pennsylvania, Arizona dan Minnesota sebenarnya tidak membenarkan sebarang objek digantung pada cermin pandang belakang dan ia boleh menjadi punca polis menahan kenderaan tersebut di jalanraya.

Menurut undang-undang mereka, pemilik kenderaan hanya boleh memasang alat GPS, alat pas tol (SmartTag), pelindung matahari terbina (sun visor standard), pelekat-pelekat diluluskan oleh agensi kerajaan (cukai jalan dan sebagainya) pada cermin hadapan.

Namun begitu, kebanyakan media US menyelar kejadian itu dan berkata menjadikan objek tergantung sebagai punca untuk menghentikan kenderaan di kalangan pemandu kulit hitam tidak sepatutnya berlaku.
 

 

Isu objek tergantung ini sebenarnya adalah satu isu yang memang mempunyai sebab. Ppengalaman pemandu-pemandu profesional yang dihubungi Careta berkata objek-objek yang tergantung pada cermin pandang belakang itu, sekiranya besar dan berwarna-warni, boleh menyebabkan pemandu tidak lagi sensitif terhadap sebarang pergerakan kecil di hadapan kenderaan mereka ketika sedang memandu.

Pergerakan kecil itu termasuklah penunggang motosikal yang cuba melintas atau memasuki laluan kita, pejalan kaki yang cuba melintas dan juga haiwan yang bergerak.

"Adalah lebih baik cermin depan tidak dipenuhi dengan objek-objek yang menganggu pemandangan dan juga pemerhatian kerana jika kita mangli atau terbiasa dengan pergerakan kecil disebabkan oleh objek tergantung pada cermin depan, ia mungkin menjadi punca kita tidak hiraukan sebarang pergerakan kecil di luar kenderaan," ujar seorang pelatih pemanduan yang dihubungi Careta.

"Itu mampu menyebabkan kemalangan maut. Walaupun jumlahnya kecil tetapi kita tetap tidak mahukan ia berlaku."

Mungkin MIROS juga boleh membuat satu kajian mengenai isu ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tetapi tahu kah anda bahawa pewangi tersebut sebenarnya MENIPU kita kerana ia sebenarnya…
Berita Global
Menurut laporan daripada BBC, lelaki yang tidak dikenali identitinya itu didapati memiliki terlalu…