Terlalu banyak guna pewangi, kereta perokok ini meletup!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah kejadian letupan kenderaan telah berlaku di Halifax Town Centre apabila lelaki malang ini cuba untuk menyalakan rokok di dalam kereta SEAT-nya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada BBC, lelaki yang tidak dikenali identitinya itu didapati memiliki terlalu banyak penyegar udara serta tin aerosol di dalam kenderaannya itu. 

Nasib beliau malang apabila cubaan untuk menyalakan sepuntung rokok berakhir dengan tragedi letupan mengakibatkan kesemua cermin keretanya pecah dan turut memusnahkan cermin bangunan berdekatan. 

Walaupun letupan tersebut disifatkan sebagai 'sangat kuat', lelaki tersebut bernasib baik kerana nyawanya masih panjang walaupun tidak sepanjang rokok yang cuba dinyalakan tadi dan tidak mengalami kecederaan yang teruk.