Petronas sumbang lebih dari RM90,000 ke wad kanak-kanak di enam hospital terpilih

oleh SALINA JALIL|
Petronas Dagangan Berhad (PDB) menyumbang lebih dari RM90,000 ke wad kanak-kanak di enam hospital terpilih iaitu Hospital Ampang KL, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kelantan, Hospital Pulau Pinang, Hospital Besar Melaka, Hospital Sibu, Sarawak dan Hospital Wanita & Kanak-Kanak, Kota Kinabalu, Sabah.


Setiap hospital menerima RM15,000 berserta beg hadiah untuk kanak-kanak yang dimasukkan di sana.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Kempen "Small Change Goes the Distance" PDB yang dianjurkan sempena bulan Ramadan sehingga bulan Syawal bermula dari 28 Mei hingga 28 Jun 2019. Dalam tempoh ini, PDB akan mendermakan 1 sen untuk setiap pembelian RM1 yang dibuat oleh pelanggan di Petronas Kedai Mesra di seluruh negara.
 

 

Pada majlis penyerahan pertama di Hospital Ampang, KL, Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri berkata, "Setiap Ramadan, kami ingin menjadikan ia sebagai satu titik untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang kurang istimewa.

 

Ini kali pertama kami sampai ke hospital dengan harapan sumbangan kami akan membantu mengurangkan perbelanjaan mereka dan membawa kegembiraan kepada kanak-kanak. "

 

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami, kerana menyokong kempen ini. Sesungguhnya, perubahan yang kecil akan membawa kita jauh ke hadapan," katanya lagi.

 

 

Di samping itu, PDB juga mengubah sudut "Main dan Belajar" dengan pemberian perabot, buku dan mainan baru. Kawasan ini memainkan peranan penting dalam memudahkan sesi terapi bermain, satu kaedah yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi tekanan kerana dimasukkan ke hospital.

Projek ubahsuai ini juga akan direplikasi di semua hospital terpilih di bawah kempen ini.

 

Mohamed Fauzi bin Mohamed Hanafiah, Timbalan Pengarah Urusan Hospital Ampang berkata, "Di Hospital Ampang, salah satu keutamaan kami adalah memperbaiki kemudahan sedia ada untuk memperbaiki persekitaran pesakit kami, terutamanya kanak-kanak. Ini adalah cabaran kerana sumber kami terhad dan oleh itu, kami amat berterima kasih kepada Petronas kerana memilih kami sebagai hospital pertama untuk menjadi penerima bantuan ini. Ini memang sangat membantu hospital. "

 

Semasa tempoh kempen, para pelanggan juga digalakkan untuk menderma buku ke pusat kutipan di stesen Petronas yang terpilih, di mana koleksi itu diedarkan ke hospital.

 

 

Kempen "Small Change Goes the Distance" turut disokong oleh rakan kongsi PDB; Nestlè Malaysia yang menawarkan hadiah kepada kanak-kanak, serta menyediakan pengangkutan untuk mengangkut barangan yang diperlukan untuk sesi penjuru "Main dan Belajar" bagi pengumpulan dan pengedaran buku.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang promosi PDB dan promosi lain yang sedang berlangsung, sila lawati https:// www.mymesra.com.my
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…
Informasi
  Azfar berkata, "Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu hebat dan saya tidak dapat…