Isu stesen Petronas kehabisan bekalan diesel telah selesai - Armizan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Isu kehabisan stok bekalan diesel yang dihadapi Petronas Dagangan Berhad (PDB) di beberapa stesen Petronas di seluruh negara sudah diselesaikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan, PDB sedang mengerakkan bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi menangani isu itu dengan segera.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah berkomunikasi dengan PDB.

"Saya sendiri telah menghubungi pihak pengurusan PDB," katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.

Sebelum ini, PDB menerusi satu kenyataan mengakui beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel.

PDB memaklumkan perkara itu dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.

Justeru, PDB memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi selain memberi jaminan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi meminimumkan gangguan berkenaan.