350 pemenang peraduan PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race diumum, hadiah berjumlah hampir RM1 juta

oleh SALINA JALIL|
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) baru-baru ini telah menyampaikan hadiah bernilai hampir RM1 juta kepada lebih daripada 350 pemenang bertuah PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race di seluruh negara, termasuk sebuah kondominium baru dan sebuah kereta mewah.


Azfar Abdul Aziz muncul sebagai pemenang hadiah utama sebuah unit di Verdi Eco-dominium bernilai hampir RM600,000, milik UEM Sunrise Berhad, sementara pemenang hadiah pertama Ooi Kin Shun memenangi Mercedes-Benz GLA 250 AMG Line bernilai hampir dengan RM300,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Azfar berkata, "Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu hebat dan saya tidak dapat bayangkan wajah isteri dan anak-anak saya ketika saya memberitahu mereka bahawa kami sebenarnya telah memenangi sebuah kondo." 

 

"Kerja saya membuatkan saya banyak bergerak untuk bertemu pelanggan. Oleh itu, saya sangat mengutamakan bahan bakar yang saya gunakan kerana saya ingin mempunyai pengalaman pemanduan yang selesa,"

 

Selain memberi perjalanan ke destinasi lebih lancar, Azfar akui merasakan perbezaan dengan menggunakan PETRONAS Primax 97 baharu dengan Pro-Race.

 

Malah, penggunaan Pro-Race juga memberikan jarak tempuh lebih lama dari kebiasaannya, sekaligus mampu menjimatkan minyak kereta.

 

"Ketika PETRONAS lancarkan peraduan ini, saya rasa ini adalah peluang saya untuk menang sesuatu kerana saya memang sering isi minyak dan merupakan pengguna Setel, "

 

Pada masa yang sama, beliau berharap agar semua orang terus kuat melalui saat kesukaran pandemik ini dan semoga Malaysia akan pulih dari wabak COVID-19 dalam masa terdekat.

 

 

Sementara itu, Ooi Kin Shun yang juga pengguna Setel memenangi sebuah kereta mewah baru jenama Mercedes-Benz GLA 250 AMG Line bernilai hampir RM300,000 berkata, kemenangan ini telah mengubah kehidupan mereka sekeluarga.

 

"Sebagai pemandu Grab, saya tidak pernah memenangi hadiah yang mengubah hidup seperti ini sebelumnya. Ini pasti memberi perbezaan dalam kehidupan keluarga saya terutamanya dalam tempoh pandemik ini.

 

"Saya pasti akan terus menggunakan PETRONAS Primax 97 baharu dengan Pro-Race kerana saya sendiri mengalami prestasi yang sangat berbeza dengan bahan bakar lain, ia memberikan jarak tempuh lebih banyak dan melindungi enjin saya. " katanya

 

Tidak ketinggalan ialah hadiah bulanan yang turut ditawarkan, termasuk bekalan minyak selama setahun bernilai RM3,000 bagi sembilan pemenang, e-baucar Setel RM100 bagi 300 pemenang dan dua unit minyak enjin Petronas Syntium 3000 5W-30 bernilai RM360 bagi enam puluh pemenang.

 

 

Tampil memberi ucapan tahniah kepada pemenang, Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri berterima kasih kepada semua pelanggan yang memilih PETRONAS.

 

"Peraduan ini adalah salah satu cara kami untuk memberi penghargaan kepada pelanggan kami yang telah mendorong perkembangan kami selama ini. Ini sangat bermakna buat kami dalam memberikan kegembiraan di saat mencabar ini, " katanya.

 

Manakala, menurut Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong, kolaborasi ini selari dengan matlamat organisasi mereka dalam memberi kebahagian kepada orang lain

 

"Kami gembira dapat terlibat dalam peraduan ini, dan kami berharap ia dapat memberi semangat, keyakinan dan senyuman kepada komuniti setia PETRONAS. " katanya.

 

Peraduan yang dianjurkan bersempena pelancaran PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

 

Pelanggan hanya perlu mengisi minyak dengan kadar minimum RM40 bagi Primax 97 dengan Pro-Race sebanyak tiga kali sebulan sepanjang kempen itu berlangsung.

 

Bagi menggalakkan amalan penjarakan fizikal, pelanggan yang melakukan pembayaran melalui aplikasi Setel akan mendapat penyertaan bonus tambahan.

 

Petronas Primax 97 dengan Pro-Race dilancarkan Disember tahun lalu menampilan tiga faedah utama yang paling relevan bagi pemilik dan pemandu kenderaan hari ini iaitu kuasa, responsif dan kecekapan.

 

Formula khas ini disifatkan 25 peratus lebih cekap dalam mengurangkan geseran, menjadikan interaksi antara minyak yang digunakan lebih cekap untuk memberikan jarak lebih jauh, seterusnya menyumbang kepada pembebasan sisa pembakaran yang lebih bersih.

 

Selain itu, minyak baru ini juga dapat menghilangkan 99.9 peratus simpanan dari kawasan utama dalam enjin, membuka potensi penuh kereta untuk mencapai tenaga yang mudah. 

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race, sila layari www.primax.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…
Berita Domestik
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Osman Rani berkata syarikat itu komited untuk…