John yang menunggang jentera Honda mendahului perlumbaan selepas Tatsuki Suzuki terjatuh. John diikuti oleh Lorenzo Dalla Porta (Leopard Racing) di tempat kedua dan Aron Canet (Sterilgarda Max) di tempat ketiga.
Ini ialah kemenangan pertama untuk pasukan Petronas Sprinta Racing.
Menurut Datuk Razlan Razali (gambar di bawah), pengurus pasukan, beliau sememang teruja dengan kemenangan tersebut dan ia menaikan semangat untuk seluruh anggota pasukan Petronas Sprinta Racing.
Bila ditanya adakah ini hadiah sempena Hari Raya yang bakal menjelma, jawab beliau, "Ini baru hantaran jer," menandakan peminat pasukan Petronas Sprinta Racing boleh mengharapkan berita-berita baik dari pasukan yang membawa jenama gergasi petroleum Malaysia itu.
Syabas!