PETRONAS Sprinta dengan Ultraflex™ dilancarkan di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Phuket Bike Week 2018, PETRONAS Lubricants International (PLI) telah melancarkan pelincir Petronas Sprinta dengan teknologi UltraFlex™, produk terbaharu di dalam penawaran minyak pelincir bagi kegunaan motorsikal.

Diformulasikan untuk ketahanan jangka hayat motor yang lebih lama dan mengelakkan tekanan berlebihan pada komponen enjin, pelincir premium ini sesuai untuk pengguna yang mahukan pelincir yang boleh dipercayai dan menawarkan tunggangan yang lebih baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan kondisi ketegangan yang tinggi akibat pergerakan mekanikal enjin motor dan keadaan suhu operasi yang tinggi, keadaan ini menyebabkan getaran dan menjadikan prestasi enjin menjadi kurang memuaskan.



 

Oleh sebab itu, dengan teknologi UltraFlex™, ia mampu memberikan kestabilan pelincir yang tinggi ketika beroperasi bagi mengurangkan tekanan, seterusnya memberikan tunggangan yang stabil serta jangka hayat enjin yang lebih lama. 
 

Berdasarkan ujikaji yang telah dilakukan menggunakan standard industri dunia, Petronas Sprinta dengan UltraFlex™ ini mempunyai kemampuan yang lebih tinggi (lebih 41%) berbanding tanda aras yang digunakan.
 

Ini membantu enjin untuk mampu bertahan di bawah operasi yang ektrem, tanpa menyebabkan masalah kepada enjin motor khususnya dan penunggang secara amnya di samping enjin mampu memberikan respon dengan baik. 
 

Penyertaan PLI di dalam Phuket Bike Week turut diiringi dengan kehadiran 30 orang penunggang konvoi dari Kuala Lumpur yang terdiri daripada wakil media dan peminat superbike. Pelbagai acara menarik terdapat di booth Petronas bersempena dengan pelancaran pelincir Sprinta UltraFlex™ ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…