PETRONAS jenama paling bernilai di peringkat ASEAN!

oleh Mohamad Hanif|
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengekalkan kedudukannya sebagai jenama paling bernilai ASEAN dalam laporan Brand Finance Global 500 bagi 2021.

Syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan hari ini berkata ia juga kekal berada di tempat kesembilan dalam senarai perundingan penilaian jenama bagi jenama minyak dan gas global.

Indeks Kekuatan Jenama Petronas juga bertambah baik meningkat kepada 87 mata daripada 86.3 pada 2020. Indeks itu dinilai berdasarkan prestasi jenama bagi langkah-langkah tidak ketara berbanding pesaingnya.  

"Brand Finance menyatakan kedudukan Petronas itu adalah berdasarkan kepada prestasi jenamanya yang konsisten, menyumbang kepada nilai jenama US$12.04 bilion, meskipun penurunan daripada US$15.2 bilion pada 2020,” kata Petronas.

Brand Finance menimbang tiga komponen utama dalam mengukur nilai jenama -- kekuatan jenama, perniagaan dan prospek ekonomi.

Kesemua 20 jenama minyak dan gas dalam senarai itu mencatatkan penurunan nilai jenama disebabkan terutamanya faktor perniagaan dan luaran.  

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik berada di kedudukan ke-38 dalam senarai 100 Brand Guardians 2021 terbaik global dan diiktiraf sebagai antara tiga Ketua Pegawai Eksekutif minyak dan gas utama dunia serta menerajui senarai Ketua Pegawai Eksekutif paling utama di ASEAN.

Menurut Tengku Muhammad, pencapaian itu merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan besar yang diberikan oleh semua kakitangan Petronas.  

"Petronas akan berusaha untuk meneroka bidang pertumbuhan baharu ketika ia mengemudi cabaran peralihan tenaga global, bagi memanfaatkan lebih banyak peluang dalam mewujudkan lebih banyak nilai kepada semua pemegang kepentingan kami,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Dalam satu kenyataan kepada The Edge, PETRONAS menjelaskan, "PETRONAS dan Mercedes telah menjadi…
Sukan Bermotor
  “Kerjasama pasukan (Mercedes-AMG Formula 1) dengan Aramco akan bermula pada 2022, dengan jentera…
Berita Domestik
Produk minyak pelincir Proton ini boleh didapati dalam tahap kelikatan 5W30 SP, 5W30 SN, 10W30 SN…