PETRONAS hulur RM25 juta bantu mangsa banjir

oleh Mohamad Hanif|
Petronas akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta untuk memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Dana berkenaan diperuntukkan oleh unit dan anak syarikat Kumpulan Petronas termasuk Yayasan Petronas yang mana ia akan meningkatkan jumlah sumbangan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN).

Dalam pada itu, Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas, Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita Petronas dan Badan Kebajikan Islam Petronas juga telah memulakan kutipan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), kata Petronas dalam satu kenyataan hari ini.

Seperti tahun sebelumnya, Petronas Dagangan Bhd (PDB) akan menyediakan perkhidmatan trak mengisi minyak bergerak, ROVR bagi membantu mangsa banjir, memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau kepada operasi menyelamat di mana stesen minyak ditutup atau tidak boleh diakses.

Petronas turut menghulurkan bantuan kepada kakitangannya yang terjejas, termasuklah menyediakan tempat tinggal sementara, elaun makanan, cuti khas, bantuan kewangan dan makanan serta barang keperluan yang lain.

Sumber: Bernama menerusi Astro Awani

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Dikenali sebagai Petronas TVS Racing Team, bakal menampilkan reka bentuk baharu pada jentera…
Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata sebagai sebahagian…
Informasi
  Malah katanya, berita ini pastinya akan membantu menarik semula kehadiran orang ramai bagi…