Petronas dinobatkan sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Petronas telah berjaya memenangi Anugerah Platinum Jenama Putra dan Anugerah Hall of Fame untuk kategori Bahan Bakar Automotif, Pelincir dan Aksesori Automotif pada majlis Anugerah Putra Brand yang telah diadakan di The Majestic Hotel beberapa hari yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kemenangan Petronas bagi Anugerah Emas ini merupakan tahun kesembilan berturut-turut.   Anugerah tahun ini adalah pengiktirafan terhadap peningkatan persaingan jenama Malaysia untuk produk-produk yang dikeluarkan.

 


Mengulas mengenai pencapaian itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (PDB) Dato 'Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir berkata, "Petronas berbangga kerana telah dipilih sekali lagi sebagai jenama kegemaran rakyat Malaysia.

 


Kami sentiasa melabur dalam meningkatkan kualiti produk kami dan memastikan kami sentiasa memenuhi keperluan pelanggan . Kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelanggan  terhadap jenama kami sememangnya  membuktikan bahawa Petronas menghasilkan produk yang berkualiti. "

 


"Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memilih Petronas dan kepada pelanggan kami, terima kasih di atas sokongan yang berterusan," katanya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…