Petronas buat pelancaran di Geneva - hasilkan pelincir iona, khas untuk EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Petronas Lubricants International (PLI) telah melancarkan produk global mereka yang terbaharu, Petronas "iona" yang direka khusus untuk kenderaan elektrik (EV).

Iona ialah siri produk pelincir dan cecair untuk EV dan ia adalah sebahagian dari usaha Petronas untuk menyokong segala usaha dalam merendahkan pelepasan karbon dioksida.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan PLI, Giuseppe D'Arrigo, pembuatan kenderaan dan komponennya terpaksa menurut piawaian pelepasan karbon yang semakin ketat.

"Petronas sentiasa bersedia dan sentiasa memperbaiki produknya untuk menangani cabaran masa depan, bersama-sama dengan rakan kongsi kami," sambungnya lagi.

Syabas Petronas kerana membuat satu kejutan untuk semua di Geneva.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…