Petron Malaysia lancar program GTSP di Sabah, stesen minyak sebagai tempat selamat

oleh Penyumbang Rencana 2|
Petron menerusi kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan inisiatif program kesedaran Go-To-Safety-Point (GTSP) di negeri Sabah.

Program GTSP ini merupakan inisiatif kerajaan di bawah "United Against Crime" bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat dengan meningkatkan kehadiran polis di stesen Petron yang terlibat. 

Selain itu, panggilan yang dibuat dari stesen Petron akan menerima respon yang lebih cepat, menjadikan stesen itu tempat perlindungan yang lebih selamat untuk orang ramai terutama dalam situasi kecemasan. 
 

Petron


Program simulasi kecemasan telah diadakan di Petron Minintod pada 20 Oktober yang lalu, dan dilancarkan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH DCP Datuk Jauteh bin Dikun. 

Latihan itu juga berfungsi sebagai latihan nyata kakitangan stesen untuk mempraktikkan pengetahuan mereka apabila berhadapan dengan situasi yang sama pada masa hadapan. 

Latihan itu juga berfungsi sebagai latihan nyata kakitangan stesen untuk mempraktikkan pengetahuan mereka apabila berhadapan dengan situasi yang sama pada masa hadapan. 
 

petron


Pengusaha Petron Minintod, Yong Shiaw Yeou berkata, "Saya berbesar hati kerana stesen saya dipilih sebagai lokasi pelancaran GTSP negeri Sabah. Kakitangan stesen saya telah dilatih untuk memberi bantuan awal kepada orang ramai semasa kecemasan sementara kami menghubungi agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan lanjut. 

"Saya berharap simulasi yang ditunjukkan pada hari ini dapat meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai program GTSP dan memberi jaminan bahawa mereka akan dibantu oleh kakitangan stesen Petron sekiranya berada dalam situasi kecemasan," jelasnya. 
 

GTSP


Petron Malaysia merupakan syarikat minyak pertama yang menguatkuasakan GTSP di stesen-stesen servis. Sejak 2013, semua stesen servis Petron di seluruh negara telah sedia GTSP dan mempunyai pelekat tingkap GTSP telah ditampal pada dinding kaca stesen tersebut. 

Kakitangan stesen servis Petron menerima latihan berkala yang bertujuan untuk memastikan bantuan yang diberikan oleh kakitangan stesen servis sentiasa dikemas kini dan sedia dengan secukupnya untuk menghadapi situasi kecemasan.

Program GTSP di stesen servis Petron menyokong keselamatan sebagai tanggungjawab bersama orang ramai dan kepentingan membantu antara satu sama lain. Kesedaran ini diperkukuhkan dengan pelancaran 10 reka bentuk mural dan poster keselamatan menggunakan peribahasa Melayu untuk menyampaikan mesej keselamatan kepada orang ramai, di Petron Nilai Impian pada September 2022.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program yang berlangsung di stesen minyak Petron terpilih itu diadakan untuk memberi kesedaran…
Berita Domestik
Petron bekerjasama dengan syarikat platform kitar semula, Klean Malaysia untuk menggalakkan lebih…
Berita Domestik
Kerjasama tersebut termasuk pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran, dengan meneruskan…