Petron anjur tayangan eksklusif Avengers:Endgame terbesar - 1,400 orang penonton!

oleh Mohamad Hanif|

Petron Malaysia telah menganjurkan tayangan filem eksklusif buat siri filem Marvel yang paling dinanti-nantikan, Marvel Studios’ Avengers: Endgame bersama The Walt Disney Company Malaysia. 

Tayangan filem eksklusif itu telah diadakan di MBO Cinemas di Starling Mall Damansara Uptown Petaling Jaya, MBO Imago Mall Kota Kinabalu and MBO Spring Mall Kuching, dan telah dihadiri oleh lebih 1,400 tetamu termasuklah rakan perniagaan Petron Miles, pelanggan, selebriti, media dan kakitangan Petron. 

Tayangan ini menandakan penayangan filem terbesar yang pernah diadakan oleh Petron Malaysia setakat ini. 

Bersempena dengan filem Marvel Studios’ Avengers: Endgame, Petron akan menjual barangan premium khas di 640 stesen minyak Petron.

Ini termasuk tshirt edisi terhad Marvel Studios’ Avengers: Endgame berwarna hitam dan kelabu (RM40 atau 3,500 mata PMiles), beg clutch bersaiz besar (RM45 atau 4,000 mata PMiles) dan sederhana (RM40 atau 3,500 mata PMiles) dan 5 mat anti-slip individu (RM9 atau 750 mata PMiles). 

 


Untuk setiap pembelian minyak enjin Petron Blaze Racing Fully Synthetic atau Petron Blaze Racing Synthetic Blend, pelanggan akan menerima payung 23-inci edisi terhad Marvel Studios’ Avengers:Endgame secara percuma.

Semua brangan premium akan mula dijual sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Petron, sila layari www.petron.com.my.

Maklumat lanjut berkaitan promosi dan aktiviti Petron melalui Facebook @PetronMalaysia, Twitter @Petron_Malaysia dan Instagram @petron_malaysia. Hashtag rasmi Petron #PetronAvengersEndgame.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
    "Program Keselamatan Jalan Raya ini ialah salah satu kempen Petron yang paling lama dan…
Berita Domestik
Petron Malaysia mengadakan kerjasama dengan Honda Malaysia, Michelin Malaysia dan Bosch Automotive…
Berita Domestik
Pengembaraan ini mengumpulkan lebih 20 orang penulis media dan blogger untuk memandu sepanjang 280…