Petron adakan Program Keselamatan Jalan Raya yang pertama dan terbesar di Sabah

oleh SALINA JALIL|
Petron Malaysia telah mengadakan ceramah dan demonstrasi kesedaran keselamatan jalan raya untuk 1,000 pelajar sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok Sabah sebagai sebahagian program Keselamatan Jalan Rayanya.


Ini merupakan kali pertama Petron Malaysia membawa program ini ke Sabah dan ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam pengenalpastian titik-titik buta yang terdapat pada kenderaan besar terutamanya di kalangan pelajar sekolah menengah.

 

 

"Program Keselamatan Jalan Raya ini ialah salah satu kempen Petron yang paling lama dan penting sejak tahun 2013. Program ini bertujuan untuk mengajar teknik pemanduan dan menunggang yang selamat kepada pengguna jalan raya yang baharu dan muda.

 

Kami juga mahu mereka mengamalkan tingkah laku keselamatan jalan raya dengan menekankan bahawa semua kemalangan jalan raya dapat dicegah,” kata Lokman Hani, Ketua Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron.

 

 

 

Mengetahui betapa pentingnya pengenalpastian titik-titik buta di dalam kenderaan, Petron Malaysia menjemput pakar industri dan wakil dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), BOMBA dan Institut Memandu IMW Sabah.

 

IMW memberi taklimat kepada pelajar mengenai pemeriksaan kenderaan dan ciri-ciri keselamatan penting yang mudah. Sementara itu, BOMBA menunjukkan cara yang betul untuk memadamkan api dan mempamerkan jentera BOMBA mereka kepada semua orang.

 

Untuk memastikan pelajar lebih memahami titik-titik buta dan mengurangkan risiko kemalangan, Petron menggunakan lori minyaknya untuk menunjukkan pelbagai zon titik buta yang terdapat pada kenderaan panjang dan besar.

 

Dalam program yang sama, Petron juga mengedarkan 50 jaket keselamatan reflektif kepada para pelajar sebagai peringatan untuk sentiasa lebih peka terhadap persekitaran mereka.
 

 

 

Kemalangan jalan raya masih menjadi punca utama kematian di kalangan belia terutamanya  penunggang motosikal dan pejalan kaki. 

 

Menurut JKJR pada tahun 2018, 705 kemalangan jalan raya telah membabitkan 16 kematian di Tuaran, menjadikannya bandar kemalangan yang ketujuh tertinggi di negeri ini. 

 

Kota Kinabalu merupakan antara bandaraya yang mempunyai statistik kemalangan jalan raya tertinggi di Sabah dengan 6,025 daripada 18,006 kemalangan yang telah dilaporkan pada tahun lepas.

 

 

JKJR turut mengulas bahawa SMK Pekan Telipok telah dipilih di kalangan sekolah-sekolah lain di Sabah kerana sekolah itu terletak di Telipok, sebuah bandar yang terletak di antara Tuaran dan Kota Kinabalu dengan dua jalan raya utama lebuh raya yang menghubungkan antara Zon Utara dan Pantai Barat Sabah. 

 

Ibu bapa di Telipok juga cenderung untuk menghantar anak mereka ke sekolah di Kota Kinabalu yang menjadikan keadaan sekolah tersebut sangat sibuk, menambahkan lagi risiko di jalan raya.
 

 

 

"Keselamatan jalan raya memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan tingkah laku orang muda untuk memastikan mereka menjadi pengguna jalanraya yang bertanggungjawab. Sangat penting bagi mereka untuk menyedari ini dari awal. 

 

Kesedaran tentang halangan jalan raya dan mengetahui panduan memandu seperti menggunakan isyarat anda, menukar lorong, mengenal pasti titik-titik buta, dan memotong kenderaan besar mungkin memberi cabaran kepada pemandu baru dan tidak berpengalaman. Tetapi mengetahui perkara ini dari awal dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka dan orang lain," tambah Lokman.

 

 

Sehingga kini, Program Keselamatan Jalan Raya Petron telah memberi manfaat kepada hampir 3,000 pelajar dari 25 sekolah di Negeri Sembilan, Johor Kuantan, dan Kedah termasuk Sabah.

 

Program Keselamatan Jalan Raya Petron adalah selaras dengan objektif United Nations Decade of Action for Road Safety 2011-2020, sebuah advokasi global yang menggalakkan pemanduan yang selamat melalui pematuhan undang-undang lalu lintas yang ketat, penggunaan tali pinggang keledar, pemakainan topi keledar yang sesuai untuk penunggang motosikal, dan lain-lain.
 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Petron Malaysia mengadakan kerjasama dengan Honda Malaysia, Michelin Malaysia dan Bosch Automotive…
Berita Domestik
Petron Malaysia telah menganjurkan tayangan filem eksklusif buat siri filem Marvel yang paling…
Berita Domestik
Pengembaraan ini mengumpulkan lebih 20 orang penulis media dan blogger untuk memandu sepanjang 280…