PESAWAT BUATAN CHINA C919 MAHU BERSAING DENGAN BOEING DAN AIRBUS

oleh Firdaus Razani|
MENURUT laporan media South China Morning Post, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) kini dalam usaha untuk bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) untuk pesawat awam domestiknya dibenarkan terbang ke luar negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pesawat penumpang C919 buatan China tersebut telah membuat penerbangan sulungnya sejak Mei tahun lalu, tetapi ia hanya di perakui oleh Pengawal Selia China.

China kini dalam mempromosikan pensijilan pesawat penumpang mereka di Eropah tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menerima lebih banyak pengiktirafan antarabangsa untuk C919 dan bersaing dengan Boeing dan Airbus.

Pesawat C919 tersebut dikeluarkan oleh Perbadanan Pesawat Komersial China (Comac) milik negara itu dan C919 sememangnya direka bentuk untuk bersaing dengan Boeing 737 dan Airbus A320.

 

c919

 

CAAC kini mempunyai perjanjian keselamatan penerbangan dua hala dengan EASA dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan di Amerika Syarikat untuk pengesahan pensijilan yang membolehkan produk aeroangkasa buatan China dieksport ke AS dan Kesatuan Eropah.

Bulan lalu, Pengurus Besar Comac, Zhou Xinmin berkata bahawa China perlu meningkatkan lagi keupayaan pensijilan kelayakan udara pesawat untuk menyokong pesawat mereka dibenarkan terbang ke luar negara.

CAAC juga berkata tahun ini ia akan mengutamakan semakan ke atas model utama negara itu iaitu enjin CJ-1000 yang sedang dibangunkan untuk C919 dan AG600, pesawat amfibia terbesar di dunia.

 

ag600

 

Menurut pengawal selia, mereka akan memberi tumpuan kepada menyelesaikan kesesakan mengenai peralatan teknikal, proses pengeluaran dan sistem operasi utama untuk mengurangkan risiko dalam pembangunan jangka panjang industri.

Di China, pembuatan penerbangan awam telah dinamakan sebagai industri strategik yang akan disokong dan digalakkan oleh kerajaan kerana membantu untuk pertumbuhan ekonomi China.

 

c919

 

SUMBER : South China Morning Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Japan Airlines memaklumkan pesawat 516 terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang New Chitose…
Berita Global
  Difahamkan, pesawat dibenarkan berlepas selepas pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dan…
Berita Global
Pesawat penumpang bersaiz besar itu dijangka digunakan untuk perkhidmatan komersial pada musim…