Pesawat penumpang buatan China C919 mulakan penerbangan ujian pengesahan

oleh Penyumbang Rencana|
Pesawat penumpang C919 pertama buatan China memulakan penerbangan ujian pengesahan selama 100 jam pada Isnin, menurut laporan Bernama.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Pesawat penumpang bersaiz besar itu dijangka digunakan untuk perkhidmatan komersial pada musim bunga tahun depan selepas selesai menjalani semua ujian. 

Pengoperasian pesawat C919 diyakini akan menamatkan monopoli syarikat Boeing dan Airbus terhadap pasaran pesawat penumpang. 

Ketua pereka pesawat itu Wu Guanghui berkata bilangan pesawat China dan dunia dianggarkan masing-masing meningkat kira-kira sekali ganda dalam tempoh dua dekad akan datang.

“Dalam konteks ini, ia dapat menampung pasaran ketiga dan keempat kami.

“Pasaran adalah bersifat kerjasama sama menang, jadi pelanggan juga perlu ditawarkan lebih banyak pilihan,” kata beliau.

C919 buat julung kalinya diperkenalkan di Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China edisi ke-14 pada 8 Nov. 

Pada pameran itu sahaja Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) telah meraih tempahan sebanyak 300 buah.

Setakat 12 Dis, sebanyak 1,176 tempahan diterima daripada 28 pelanggan di dalam dan luar negeri.

Sebagai simbol pembuatan kelas tinggi, rantaian perindustrian pesawat bersaiz besar itu melibatkan hampir 300,000 orang petugas dan kakitangan dari lebih 1,000 perusahaan domestik, institusi pengajian tinggi dan akademi sains.

Proses penyelidikan dan pembangunan pesawat C919 turut menyaksikan kemajuan signifikan membabitkan 163 teknologi penting.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
  Difahamkan, pesawat dibenarkan berlepas selepas pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dan…
Berita Global
  Menurut seorang juruterbang Allegiant Air, John Carter ketika kejadian, sebuah pesawat Boeing…
Berita Global
"Nasib baik semua 21 penumpang termasuk tiga kru sempat keluar dari pesawat dua enjin itu sebelum…