Difahamkan, pesawat dibenarkan berlepas selepas pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dan mengenal pasti tiada risiko berkaitan keganasan.
Peluru sembilan milimeter itu ditemukan oleh salah seorang penumpang sebelum pesawat berlepas.
"Kami sedang menyiasat bagaimana peluru boleh berada di dalam pesawat," kata pegawai polis bertugas.
Dalam pada itu, seorang kakitangan Korean Air memaklumkan syarikat penerbangan itu sedang memantau secara rapat hasil siasatan polis.
Korea Selatan memiliki undang-undang senjata api yang ketat. Sekiranya seseorang didapati menyimpan senjata api secara haram, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda sehingga AS$75,300 (RM340,356).