Pertumbuhan EV di Brazil terganggu oleh kenderaan berkuasa bahan api campuran

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Peralihan ke arah EV sememangnya dilihat rancak dengan pengenalan pelbagai model oleh pengeluar untuk bersaing memenuhi permintaan di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun di Brazil, perubahan ke arah EV dilaporkan masih perlahan kerana kebanyakan pihak termasuk pengeluar kereta seperti Toyota dan Volkswagen masih mempertahankan penggunaan bahan api flex, iaitu campuran etanol dan petrol.

Digelar sebagai "sugar cane car", ianya menggunakan campuran petrol dan ethanol yang dihasilkan dari penapaian tebu, dimana Brazil merupakan pasaran terbesar yang menggunakan bahan api campuran tersebut.

Disebabkan peratusan tinggi yang menggunakan kereta dengan bahan api di Brazil, ianya telah mengganggu pertumbuhan EV, sekaligus mengancam jualannya di sana.

 

2

 

Kereta dengan bahan api campuran itu terkenal di Brazil kerana ianya lebih murah berbanding kereta berenjin petrol tulen, dan menjadikan Brazil kurang terdedah kepada kekurangan petroleum, yang memusnahkan ekonomi negara pada tahun 70-an.

Semenjak dari itu, ianya menerima sambutan dan pengikut tetapnya disebabkan oleh penjimatan dan kos yang lebih murah.

Penggunaan bahan api campuran itu dibantu lagi dengan pengenalan Volkswagen Gol Flex pada tahun 2003, sekaligus turut mengganggu jualan kenderaan berenjin petrol tulen pada masa tersebut.

Menurut Bloomberg, kereta dengan bahan api campuran itu menyumbang 84.5 peratus daripada keseluruhan jualan kereta di Brazil pada Jun 2023.

 

4

 

Hakikat bahawa kereta dengan bahan api campuran itu membantu Brazil mengekang pelepasannya sambil menjimatkan kos rakyat mengukuhkan popularitinya di sana.

Selepas kereta berenjin petrol tulen, kini kenderaan elektrik (EV) pula diancam jualannya, walaupun kebanyakan industri automotif seluruh dunia semakin beralih ke arah EV.

Tentu sekali, kos yang menjadi faktor utama di mana EV untuk pasaran Brazil berharga sekurang-kurannya dua kali ganda lebih mahal berbanding kenderaan menggunakan bahan api campuran.

 

3

 

Disebabkan pendirian kukuh hampir semua pihak di Brazil, jenama seperti BYD dan GWM kini dilaporkan merancang untuk menghasilkan kenderaan hibrid flex.

Kegagalan berterusan EV di Brazil dilihat sebagai kerugian, memandangkan Brazil mempunyai salah satu grid kuasa paling bersih di dunia, menghasilkan lebih 80 peratus tenaga elektriknya daripada sumber boleh diperbaharui.

Ia pastinya satu peluang baik kepada Brazil untuk menjadi salah satu pasaran dengan kenderaan bersih di dunia.

 

Sumber: Bloomberg

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…