Perodua Aruz raih 300 tempahan, dijangka mampu cecah jualan 2,100 unit sebulan

oleh Mohamad Hanif|
Setakat hari Jumaat lalu, Perodua telah mencatatkan jumlah tempahan melebihi 300 unit untuk SUV tujuh tempat duduk Perodua Aruz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad berkata kepada media, lebih 60 peratus daripada jumlah tempahan tersebut merupakan varian AV yang lebih premium, manakala selebihnya adalah varian X. 

Tambah beliau, Perodua mensasarkan jualan melebihi 2,000 unit sebulan untuk tahun 2019.

Menurut sumber dalaman, Perodua dijangka akan mengumumkan tarikh pelancaran Perodua Aruz dalam masa terdekat, kira-kira sebulan selepas pelancaran rasmi Proton X70.

Pemerhati industri melihat tarikh pelancaran tersebut merupakan masa yang sesuai memandangkan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, dan menjadi kebiasaan bagi syarikat automotif menjalankan promosi besar-besaran. 
 


AmInvestment Bank pula optimis Perodua mampu mencapai sasaran jualan purata sebanyak 2,100 unit sebulan. 

"Kami percaya dengan sasaran jualan Aruz sebanyak 2,500 unit sebulan mampu merangkumi 42% daripada jumlah jualan SUV (5,900 unit) sebulan, dan angka ini adalah melebihi purata 1,900 unit sebulan yang dipegang oleh Honda selaku pendahulu di dalam segmen ini.

"Kehadiran Aruz ke dalam pasaran adalah tepat pada masanya sebagai salah satu alternatif SUV yang termurah di pasaran," ulas wakil AmInvestment Bank Jumaat lalu. 

Perodua Aruz dikatakan bakal mendominasi pasaran SUV ketika tempoh perayaan Tahun Baru Cina, di samping bakal 'mengganggu' perhatian umum terhadap SUV di dalam pasaran, termasuklah Proton X70 yang baharu sahaja dilancarkan. 

Namun, harus diingatkan bahawa Perodua Aruz bukanlah pesaing secara terus kepada Proton X70. 


"SUV Perodua Aruz bukanlah berada di dalam segmen yang sama seperti Proton X70 (SUV segmen C), ia merupakan SUV kompak di dalam segmen B," ujar Dato Zainal. 

"Jadi saya fikir (pelancaran Aruz) bukanlah satu persaingan secara terus," tambah beliau lagi.

Sumber: The Sun Daily, CarList, The Malaysian Reserve
Sumber Gambar: Ajerul

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Proton Persona sekarang pula terlalu kecil dan tidak menepati piawaian jabatan dan agensi kerajaan…
Berita Global
Kemaskini yang dibawakan adalah lebih bersifat kosmetik, di mana Terios 2023 ini didatangkan dengan…
Berita Domestik
Mangsa, pemandu Proton Exora, dikenali sebagai Muhamad Zaki Ariffin, 52, meninggal dunia di tempat…