Permintaan menggalakkan, Porsche 'pinjam' 400 pekerja Audi untuk pasang Taycan

oleh Mohamad Hanif|
Sebutlah apa yang anda ingin katakan terhadap sedan elektrik Porsche Taycan, namun di pasaran Eropah, sambutan yang diterima sebenarnya amatlah menggalakkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan tahap penerimaan yang cukup positif, Porsche nampaknya terpaksa meminjam pekerja daripada Audi untuk membantu produksi Porsche Taycan di fasiliti Zuffenhausen.

Menurut satu temubual yang dijalankan oleh Automobilwoche, jurucakap Audi mengesahkan bahawa 400 orang pekerja dari fasiliti Neckarsulm akan memulakan tugas di fasiliti Porsche bagi membantu produksi Taycan.

Ketika Porsche Taycan mula-mula dilancarkan, syarikat itu hanya mensasarkan pembinaan sebanyak 20,000 unit sahaja untuk tahun pertama produksi.

Angka tersebut terpaksa dinaikkan kepada 40,000 unit melihatkan kepada respon positif pengguna, dan disebabkan Taycan sudah mula dijual di pasaran Amerika Syarikat, bantuan daripada Audi terpaksa dikerahkan.

Porsche Taycan dilancarkan buat kali pertama pada tahun lalu, di mana versi paling berkuasa Turbo S mampu menghasilkan kuasa setinggi 751 hp dan daya kilas 1,050 Nm, dan pecutan 0-100 km/j sepantas 2.6 saat sahaja.

Pada ketika ini, Taycan hanya ditawarkan dalam bentuk saloon, namun difahamkan terdapat versi Cross Turismo yang lebih menarik perhatian dan lebih praktikal bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Sumber: Automobilwoche

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…