Perkhidmatan bas Maraliner di Samarahan, Santubong mula Ogos ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memanfaatkan kemudahan jalan raya sempurna apabila siapnya projek Lebuhraya Pan Borneo dengan menyediakan perkhidmatan bas ekspres bagi menghubungkan Sarawak dan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkhidmatan itu akan disediakan oleh MARA Liner yang akan beroperasi dari Kuching melalui Brunei hingga ke penghujung Lebuhraya Pan Borneo di Tawau, Sabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, sebagai permulaan perkhidmatan bas MARA Liner itu akan dimulakan di Sarawak iaitu dari Kuching ke Merapok di Lawas berikutan projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu kini hampir siap sepenuhnya manakala di Sabah masih dalam pembinaan.

"Perkhidmatan yang disediakan bukannya untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada khidmat sosial yang akan memberi impak kepada rakyat.

"Ini 'game changer' yang dicadangkan (bagi meningkatkan sistem pengangkutan antara wilayah) dan MARA Liner sebagai anak syarikat milik MARA akan segera melaksanakan untuk kepentingan masyarakat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek KKDW Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching pada Isnin.

Turut hadir dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi; Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom serta Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang.

Selain bas ekspres antara wilayah, Ahmad Zahid berkata, MARA Liner juga akan menyediakan perkhidmatan bas henti-henti dengan projek projek perintisnya akan bermula bulan depan di Kampung Semilang dan Kampung Beradek di dalam Parlimen Samarahan dan Santubong.

"Ini perancangan jangka panjang KKDW dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada rakyat tanpa mengambil kira keuntungan," katanya.

Selain itu katanya, KKDW membelanjakan RM526 juta menerusi beberapa projek pembangunan

infrastruktur asas di kawasan luar bandar sebagai usaha menjamin kesejahteraan rakyat di Sarawak.

Ia merangkumi perbelanjaan lima projek Jalan Luar Bandar (JALB) dengan kos RM170.2 juta iaitu Projek Jalan Meritam Telahak/Bong Abai (Fasa 4), Bahagian Limbang dan Projek Jalan Ke Rumah Panjang Skuyat Lama, Betong, yang berjaya disempurnakan sehingga 27 Jun 2023.

Selain itu, sejumlah 14 projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bernilai RM302.9 juta disiapkan meliputi Projek BALB Sistem Retikulasi Negeri

Sarawak Tahun 2016 Zon 10-Miri dan Projek BALB Kawasan Batu Lintang dalam Bahagian Sri Aman.

Turut dilaksanakan 294 projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan Program Ameniti Sosial (PAMS) turut diselesaikan dan sejumlah RM52.9 juta peruntukan diluluskan melibatkan 149 projek yang sama.

Menurutnya lagi, KKDW juga menyiapkan 410 buah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) manakala 2,457 buah rumah pula siap dibaik pulih di seluruh Sarawak sehingga 15 Jun 2023.

"Baki 150 buah lagi bina baharu rumah PPRT dan 369 buah rumah rakyat di Sarawak akan dibaik pulih sebelum akhir tahun ini.

"KKDW turut meluluskan sejumlah 373 buah rumah bina baharu PPRT dan akan membaik pulih sejumlah 1,192 buah lagi rumah rakyat di seluruh Sarawak pada tahun ini," katanya.

Bagi merancakkan lagi pembangunan di , KKDW memohon sejumlah 319 projek meliputi 96 projek baharu dan 223 projek sambungan bagi tahun 2024.

"Jumlah projek ini bertambah 32 peratus berbanding tahun 2023 dengan jumlah keseluruhan peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM859.2 juta," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
"Bagaimanapun, nama warna akan dikekalkan di hujung nama laluan bagi tempoh sementara untuk…
Informasi
Untuk perkhidmatan Rapid Rail, operasi waktu puncak pagi akan bermula 30 minit lebih awal daripada…
Berita Domestik
Rapid Bus Sdn Berhad selaku operator perkhidmatan bas awam Rapid KL telah melanjutkan tempoh POC…