Prasarana umumkan penyelarasan waktu perkhidmatan rel dan bas sempena bulan Ramadhan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena ketibaan bulan Ramadhan tahun ini, Prasarana telah umumkan penyelarasan operasi waktu-waktu puncak bagi perkhidmatan rel (LRT, MRT dan KL Monorail) sepanjang bulan mulia ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Untuk perkhidmatan Rapid Rail, operasi waktu puncak pagi akan bermula 30 minit lebih awal daripada biasa iaitu mulai jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7.00 pagi hingga 9.30 pagi.

Waktu puncak petang pula akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam berbanding 5.00 petang hingga 7.30 petang waktu sekarang.

Untuk perkhidmatan Rapid Bus di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan, termasuk bas- bas perantara MRT, operasi waktu puncak pagi adalah dari jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

Manakala waktu puncak petang adalah dari jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam.

Selain itu dalam masa yang sama, anak syarikat Prasarana iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) akan membuka bazar Ramadhan di lima stesen LRT terpilih.

Stesen-stesen yang terlibat adalah stesen LRT Pasar Seni, LRT Damai, LRT Sri Rampai, LRT Putra Heights dan LRT Ampang, dimana ianya akan beroperasi bermula 3.30 petang hingga 7.30 malam.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Van baharu itu dijangka akan diterima bermula bulan Disember 2024 dengan penambahan 30 van dan…
Berita Domestik
Sejak Februari 2024, peratusan bilangan meningkat sehingga 49 peratus di mana pada Mei 2024,…
Berita Domestik
"Kerja-kerja penyelenggaraan ini sebenarnya terletak bawah bidang kuasa PBT dan terdapat juga…