Rapid Bus Sdn Berhad selaku operator perkhidmatan bas awam Rapid KL telah melanjutkan tempoh POC berikutan kadar penumpang harian memuaskan serta sambutan yang menggalakkan, tambang bagi perjalanan sehala juga masih pada kadar RM1.90.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, "Perkhidmatan Skip Stop Xpress ini adalah sebahagian dari kajian awal bagi mengumpul data untuk penambahbaikan jangka panjang dan secara bersepadu bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan Rapid KL dari kawasan Ampang ke arah pusat bandar.”
“Kami menyeru agar lebih ramai warga sekitar Ampang mengambil peluang untuk menggunakan perkhidmatan bas Skip Stop Xpress ini, untuk ke pusat bandar."

"Perjalanan yang mudah serta menjimatkan ini dapat membantu meringankan perbelanjaan harian mereka, kerana mereka tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk petrol, tol serta parkir setiap hari."
"Dengan menaiki pengangkutan awam, orang ramai juga boleh menyumbang kepada pengurangan pengeluaran gas karbon di Lembah Klang. Jangan tunggu lagi. #JomNaikBas!”
Bas Skip Stop Xpress beroperasi dari 6.30 pagi hingga 7.15 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat, Rapid turut mensasarkan untuk meneruskan perkhidmatan tersebut di LRT Ampang setelah tempoh POC tamat dan akan mempertimbangkan POC tersebut di beberapa lokasi lain.