Perintah Kawalan Pergerakan: Ingkar dan rempuh sekatan, pemandu dipenjara dan didenda

oleh SALINA JALIL|
Tindakan seorang lelaki merempuh sekatan jalan raya di Sandakan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang padah apabila dia dihukum penjara sehari dan didenda sebanyak RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Majistret Suhaila Selag turut memerintahkan Mohd Salleh Majid, 39, yang mengaku bersalah dipenjara sehari dan tambahan selama 10 bulan jika gagal membayar denda.

 

Menurut fakta kes, tertuduh memandu kereta Proton Exora yang turut dinaiki isteri dan tiga anaknya ketika kejadian berlaku di Kilometer 131 Jalan Sandakan-Lahad Datu pada 24 Mac lepas kira-kira 9.45 pagi.

 

Mohd Salleh memaklumkan kepada anggota yang bertugas bahawa dia sekeluarga ingin pulang ke Semporna selepas melawat saudara mara di Sandakan sejak 17 Mac lepas, tetapi polis mengarahkannya berpatah balik ke Sandakan.

 

Bagaimanapun, lebih kurang 30 meter perjalanan selepas berpatah balik ke laluan menuju Sandakan, kereta yang dipandu tertuduh telah membuat pusingan U untuk meneruskan perjalanan ke Lahad Datu sekali gus melanggar sekatan jalan raya dengan memandu laju.

 

Susulan insiden itu, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan telah menghubungi Pusat Kawalan IPD Lahad Datu untuk menahan kenderaan tersebut kerana ingkar arahan pegawai polis yang bertugas.

 

Dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam iaitu polis menjalankan tugas. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Sze Chuen.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintenden Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang ingkar sepanjang pelaksanaan PKP bertujuan mengelak penularan wabak Covid-19 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

 

 

 

SH

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…