Sekolah memandu dibenar beroperasi 9 September ini

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Berita Harian
Kerajaan membenarkan Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara kembali beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji temu.

“Walaupun institut memandu (IM) boleh mula beroperasi mulai 9 Sept 2021, proses pengujian bagi mendapatkan lesen memandu berkaitan hanya akan bermula pada 17 September ini.

“Tempoh masa ini diperuntukkan kepada pihak IM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bersedia sepenuhnya bagi mengelakkan isu-isu berbangkit yang boleh memberi kesan negatif kepada calon,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kebenaran yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu tertakluk kepada antaranya pematuhan SOP PPN yang sedang berkuat kuasa.

“Pekerja, tenaga pengajar dan calon yang telah lengkap menerima vaksin dengan mengemukakan sijil digital vaksinasi Covid-19 dan kad pengenalan sebagai pembuktian.

“Syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan pekerja yang lengkap menerima vaksin. Sekiranya kadar peratusan pekerja lengkap menerima vaksin adalah 40%, maka kapasiti pekerja dibenarkan beroperasi adalah 60%. Jika 60% lengkap menerima vaksin, 80% pekerja dibenar beroperasi. Syarikat dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% sekiranya 80% pekerja lengkap menerima vaksin,” katanya.

Wee berkata, kehadiran kakitangan atau calon bergejala, berada dalam kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), “Person Under Surveillance” (PUS) dan sedang dalam perintah kuarantin tidak dibenarkan.

Katanya, semua pihak juga perlu mematuhi protokol kesihatan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup separuh muka dan penyediaan “hand sanitizer”.

Beliau turut mengumumkan bahawa institut memandu diberi moratorium selama tiga bulan hingga 30 Nov 2021 untuk keperluan pembaharuan permit bagi mana-mana yang tempoh sah laku permitnya tamat antara Januari hingga September 2021.

Sumber: Free Malaysia Today

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menjelaskan, kerajaan memerlukan sedikit masa lagi…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Global
Namun, ia sedikit aneh apabila digandingkan dengan kereta yang dilengkapi trenkuasa elektrik,…