Perintah Kawalan Pergerakan: 10 laluan di Subang Jaya ditutup mulai tengah malam tadi

oleh SALINA JALIL|
Polis telah menutup 10 jalan di daerah Subang Jaya mulai tengah malam tadi lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang berkuat kuasa hingga 14 April ini.

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, penutupan jalan sepenuhnya itu melibatkan susur Lebuhraya Kesas ke USJ 1; susur Lebuhraya Kesas ke Persiaran Subang USJ 1; susur Lebuhraya Kesas ke Persiaran Kemajuan; dari Subang Kelana Link ke Persiaran Kewajipan Subang Jaya dan dari Hotel One City ke Persiaran Kewajipan.

 

Menurutnya, penutupan itu turut melibatkan laluan susur Persiaran Klang ke Persiaran Kewajipan; Persiaran Tujuan ke Lebuhraya Persekutuan; susur dari Jalan Persiaran Kemajuan ke Lebuhraya Persekutuan; susur masuk Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam ke Persiaran Tujuan dan susur masuk Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur ke Persiaran Tujuan.

 

"Pengguna jalan raya yang ingin keluar dari kawasan pentadbiran Subang Jaya boleh melalui laluan alternatif sedia ada.

 

"Penduduk di sekitar SS 12 hingga SS 19 boleh menggunakan laluan Jalan Persiaran Kemajuan ke Subang Kelana Link dan Jalan Persiaran Tujuan / Persiaran Kewajipan ke Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

 

"Penduduk di sekitar USJ 1 hingga USJ 22 boleh menggunakan laluan Persiaran Kewajipan / Jalan Persiaran Tujuan / Subang Kelana Link / LDP / Lebuhraya Persekutuan," katanya.

 

Beliau berkata, penduduk di sekitar Bandar Sunway boleh menggunakan laluan Lebuhraya LDP dan Lebuhraya NPE manakala penduduk di sekitar Putra Heights boleh menggunakan laluan Persiaran Harmoni ke LDP.

 

Katanya, penduduk di sekitar Bukit Puchong pula boleh menggunakan laluan Lebuhraya LDP.

 

Tambahnya, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya juga akan mengadakan lima sekatan jalan raya sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

 

"Sekatan jalan raya akan dilaksanakan di Plaza Tol Seafield USJ, Subang Jaya; Jalan Subang Utama ke Lebuhraya NPE; Plaza Tol Puchong Selatan, Batu 14, Puchong; Plaza Tol PJS 7 Lebuhraya LDP Arah Selatan dan Plaza Tol Putra Heights Lebuhraya Elite.

 

"Semua masyarakat dinasihatkan untuk sentiasa memberikan kerjasama serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa. Orang ramai boleh membuat sebarang pertanyaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan di talian Hotline Covid-19 IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7107 / 7108," katanya.

 

 

subang

 

subANG 2

 

SH

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Sambutan yang dibuat pada awal pagi itu dikatakan sebagai tradisi yang dilakukan dianggap sebagai…
Informasi
  Katanya, apabila PKPB atau PKP 5 ini sudah diwartakan maka PKP 4 yang diwartakan sebelum ini…
Berita Domestik
  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata tindakan menarik balik SJR ini adalah…