Honda e Limited Edition dilancarkan di Eropah, warna ekslusif merah, 50 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Honda baru-baru ini memperlihatkan versi baharu Honda e untuk pasaran Eropah yang dinamakan sebagai Honda e Limited Edition dengan penawaran warna eksklusif merah dan terhad kepada 50 unit sahaja.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Sayang sekali, tidak banyak perubahan teknikal dibawakan pada model edisi terhad ini, melainkan warna khas Premium Crystal Red dengan elemen hitam pada bumbung, muka depan dan belakang, kamera sisi dan rim aloi bersaiz 17 inci..

Untuk ruang kabin juga tidak banyak perubahan yang dibawakan.
 

max


Honda e Limited Edition menggunakan asas daripada varian Advance, bermakna ia hadir dengan motor elektrik berkuasa 152 hp dan daya kilas 315 Nm, sementara pek bateri 35.5 kWh pula membenarkan jarak operasi sejauh 201 km sahaja untuk sekali cas - berkemungkinan besar disebabkan oleh penggunaan rim besar.

Untuk mempromosikan Honda e Limited Edition, Honda turut membawakan jaguh F1 Max Verstappen untuk memandu sendiri hatchback elektrik ini di bandar Dozza, Itali.

Di UK, harga jualan untuk Honda e Limited Edition ini bermula dari £38,120 (RM203,545).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh…
Berita Global
Menurut berita dari Nikkei, satu acara penutupan ringkas telah pun berlangsung di fasiliti tersebut…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak berpuas hati dengan penampilan Honda e yang terlalu comel, terdapat pihak…