Honda e tiada pengganti, pengguna lebih gemarkan SUV

oleh Mohamad Hanif|
Dari segi dimensi, Honda e merupakan sebuah supermini berkuasa elektrik di dalam segmen B dengan rekaan yang diinspirasikan daripada Civic generasi pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh 220 km untuk sekali cas penuh.

Namun satu hakikat yang perlu diterima oleh mana-mana pengeluar ialah permintaan terhadap model tersebut kian meruncing.
 

e:Ny1


Semua mahukan SUV, dan disebabkan itu SUV elektrik kian mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Disebabkan itu juga, Honda membuat keputusan untuk menghasilkan pengganti kepada Honda e setelah ia ditamatkan penjualannya.

Ketua unit automobil Honda UK, Rebecca Adamson memberitahu Autocar mereka tidak lagi akan menghasilkan kereta bersaiz seperti Honda e disebabkan permintaan yang tinggi terhadap segmen SUV di UK.
 

nvasn


Namun di pasaran lain seperti Jepun, Honda akan terus membangunkan model-model bersaiz kecil untuk pasaran kereta penumpang dan komersial berkuasa elektrik menjelang 2030.

Buat masa ini, Honda mempunyai barisan produk yang terdiri daripada empat SUV termasuklah Honda HR-V, Honda ZR-V, Honda CR-V dan SUV elektrik e:Ny1, diikuti dengan model bukan SUV seperti Honda e, Honda Civic dan Honda Jazz.

Honda e:Ny1 dijangka akan diedarkan kepada pelanggan pada Januari 2024.

Baca: Honda e:Ny1 2024

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Honda turut memaparkan satu mesej pada laman web di Jepun yang menyebut, "…
Berita Global
Sayang sekali, tidak banyak perubahan teknikal dibawakan pada model edisi terhad ini, melainkan…
Berita Global
Menurut berita dari Nikkei, satu acara penutupan ringkas telah pun berlangsung di fasiliti tersebut…